#SheaBeatsCancer

Assalammualaikum.. 🙆

Nampak title post aku kali nie? 😞 Sapa yang main blog nie mungkin kenal dengan Shea Rasol . Shea meninggal dunia hari Jumaat dalam bulan Ramadhan (9 Jun 2017). Aku mula kenal dia lepas tengok dia jadi pengacara dekat SIS TV9 dulu (dengan Heliza Helmi). Sejak tu aku mula follow blog dia. And honestly I don't even know about she having a cancer. Dia ada post entry pasal dia ada cancer nie 4 months ago. Well I'm busy with my studies and tak sempat pun nak bukak and belek blog apatah lagi baca entry orang. 😞 She's battling with urachal cancer atau kanser perut dalam bahasa mudah. Shea dah buat chemo 3 kali tapi takda effect on the growth. You guys can go and check her second last post on http://www.myamethyst-shea.com/ . Aku dapat tahu pasal dia pun lepas baca post Farah Lee dekat instagram. Agak terkejut jugak masa baca tu.

Even tak kenal rapat and tak pernah jumpa tapi still rasa sedih sebab dia seorang yang sangat positif. Aku suka tengok fesyen-fesyen yang dia pakai. Lepas tu dia suka travel merata tempat. Actually sel cancer nie memang ada dalam badan kita. Cuma aktif dengan tak je. Kalau-kalau rasa ada something wrong with your body please go and check with doctor. Kita ingat sakit biasa tapi tup-tup dah tahap 4. 😞 I know she didn't  even know if I wrote this for her. But let's sedekah Al-Fatihah buat arwah Farah Syahirah Rasol.

💙💚💛💜


إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
  
Al-Fatihah...

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ
آمِّيْن

Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.

Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin.

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...


xoxo,
MissY 💘

Comments

Popular posts from this blog

Sebab Perempuan Tawar Hati Dengan Lelaki

Apa Itu Period Pain??

Tips Penjagaan Wajah Wanita Korea

Apa Kata Hati??

#THROWBACK - Konvokesyen-12 PSMZA 2015