Friday, October 27, 2017

My Skincare Product

Assalammualaikum ! πŸ’Ÿ 
Lama betul aku tinggal blog nie tanpa apa-apa cerita baru.. chewaaahhh ! Hahahaha..  Macam laa ada pembaca setia kan? Hahahaha.. Tapi kalau diam-diam orang dok baca sapa tau kan? Hihihihi.. πŸ™ˆ

Okay harini aku terpanggil nak share pasal skincare yang aku selalu pakai. Actually aku baru try yang nie.. Memandangkan orang dok cakap "muka elok dah" "muka flawless" "muka licin" yang mana aku tak rasa macam tu pun tapi orang yang cakap so aku terima aje lah apa yang orang kata.. Haaa gituu.. 😐

Okay first sekali untuk dapat muka yang cantik, licin, dan bersih hampa MESTI kena rajin cuci.. Serius aku cakap aku memang selalu cuci muka, even masa nak amik air sembahyang pun aku still cuci pakai pencuci muka.. Kalau hampa duduk rumah saja tak p mana or tak pakai make-up tu takpe laa kalau taknak guna pencuci muka pun.. Yang aku cakap nie untuk yang selalu pakai make-up.. Jangan sayang make-up ye, sayang muka.. Make-up habis boleh beli, muka rosak? Hadap lah sendiri.. Ooppss.. πŸ™Š Masa nak wuduk tu cuci sebersih-bersihnya muka hampa okay.. πŸ˜„

Aku bukan bangga ye muka aku licin tak bermasalah macam sesetengah orang.. Kadang kesian jugak tengok kawan-kawan sendiri ada masalah.. Kita nak tolong pun mampu tolong share apa yang patut je, sebab aku bukan pakar kulit, pakar kecantikan or what. Aku mampu share apa yang aku buat, pakai, ataupun apa yang aku baca je.. Kulit kita semua lain, dan ada masalah lain-lain. Nak lagi senang jumpa pakar terus and tanya apa masalah kulit masing-masing and mintak dia cadangkan skincare apa yang sesuai dengan kulit hampa. 

Okay macam aku, yes.. Aku pun ada masalah kulit sensitif jugak. Ada skincare yang aku tak boleh pakai, ada yang aku boleh pakai.. Before this, aku banyak tukar-tukar skincare. Aku pernah jugak cuba local skincare. Alhamdulillah kulit aku okay, maknanya skincare tu sesuai laa dengan aku. Tapi lepas keluar macam-macam cerita pasal local skincare nie aku jadi takut nak pakai dah and aku stop. 

Aku pun dah pening nak pakai skincare apa sampai aku biar je muka aku nie tak pakai apa-apa dalam masal 1-2 bulan. Hahaha punya malas nak fikir. So masa nie laa aku cari-cari dekat internet apa yang okay untuk aku pakai. Sampai lah aku ternampak skincare Hada Labo nih. Tengok feedback macam okay so aku decide nak try. So aku pun belilah pek percubaan nie.. Harga sorry tak ingat.. Aku beli nie awal tahun 15 Januari 2017.


Haa nie laa pek percubaan tu. Sebelum nak try apa-apa produk yang baru, hampa try laa beli yang kecil dulu,takut tak sesuai nanti membazir. Dah nak kena cari orang pulak nak bagi kan. Dan sebelum try produk baru pastikan muka hampa rest daripada produk lama lebih kurang seminggu. Macam aku sebulan lebih jugak aku biar muka aku tanpa apa-apa skincare. Cuma aku pakai pencuci muka safi adik aku punya je. Hahahaha.. Dalam nie ada pencuci, toner and moisturizer. Tapi aku tak boleh pakai laa moisturizer dia sebab moist sangat ! Haha.. Macam lotion.. Rimas pulak lepas letak kat muka so aku hanya pakai pencuci and toner dia aje. Memang best dan alhamdulillah sesuai dengan kulit muka aku.

So aku pun teruskan pakai Hada Labo nih sampai lah sekarang.. Sekarang aku pakai yang nie.. 

 

Softening & Whitening Face Wash harga RM21.10 (depends kalau ada sale or not). Face wash dia ada banyak jenis, boleh pilih sesuai dengan masalah kulit masing-masing. Aku dah pakai lama Hada Labo nie dari awal tahun lagi and memang best. So recommended ! 😁 Tahan lama jugak, termasuk yang nie aku rasa aku baru beli 3 botol.. 


Okay untuk toner pulak aku pakai yang ini. Hydrating Lotion.. Harganya aku tak ingat.. Tapi mampu milik.. Lebih kurang dengan harga face wash dia jugak. Toner nie aku baru beli  sekali selama aku pakai dari awal tahun nie. Nampak tak betapa jimatnya? Sebab toner nie just tuang sikit je dekat tapak tangan lepas tu terus sapu je dekat muka. Takyah nak guna kapas. Sebab dia cair sangat macam air. So hampa patut try. πŸ˜„


Last but not least, macam yang aku cakap tadi, aku tak boleh pakai moisturizer Hada Labo nih so aku gantikan dengan Olay Moisturising Cream nie. Harga dalam RM2+.++. Aku tak ingat. Tapi harga mampu milik. Aku memang dah lama pakai moisturising cream nie. Tak ingat sejak bila tapi rasanya sejak sekolah kot. Nie botol yang ke berapa pun aku dah tak ingat. Kotak cream nie warna hitam dan putih. Cream dia warna pink lembut. Jangan salah beli ye. Sebab yang jenis nie susah nak jumpa sekarang. Aku takut Olay dah tak keluarkan yang nie apalah aku nak pakai pulak lepas nie. Hmmm.. Aku memang pengguna tegar Olay dari dulu lagi. And cream nie memang bagus. Semua pun sedia maklum kan kenapa kita kena pakai moisturizer nie kan. Untuk bagi muka kita lembab and tak kering. Nie basic step lah untuk student yang pemalas macam aku nie. Lepas pakai moisturizer nie aku terus je pakai bedak compact. Aku tak suka pakai foundation. Hahaha.. Simple je weh nak pergi kelas je pun πŸ˜”


So inilah skincare yang aku pakai selama nie. Kalau ramai yang nampak muka aku elok tu alhamdulillah, yang nampak muka aku biasa je tu okay jugak alhamdulillah.. Hehehehe.. Aku just share apa yang aku pakai untuk hampa-hampa yang tertanya-tanya tu. 😜

Lastly, jangan malas cuci muka kalau nak muka licin okay? Sebab sisa-sisa make-up tu yang rosakkan muka sebenarnya. Semua nie hampa boleh dapat dekat drugstore je. Watson ada, Guardian pun ada. 😊

Sekian, semoga perkongsian nie bermanfaat untuk semua. Semoga kita cantik sentiasa.. Haaa gituuuu.. Hahahaha bye ! 

Thanks for reading.

xoxo,
MissY πŸ’˜

Friday, September 15, 2017

New Semester !

Assalammualaikum ! πŸ’Ÿ

Aku dah masuk semester 4, rasa sat ja.. Huhu.. Semester nie tak banyak final tapi banyak projek.. Yela, subjek yang takdak final nie lagi susah sebenarnya sebab nak kena cari markah dekat projek. Kalau projek KO, KO lah markah kami.. Huhu.. Semoga dipermudahkan urusan aku untuk semester nie. Semoga tak lalai, semoga kurang tengok tv, semoga siapkan kerja awal dan tepat pada waktu.. Hahaha.. Jenis suka buat kerja last minute 😁

Buat masa nie tak rasa lagi stress dia.. Cuma yang aku stress subjek technical writing aku tak boleh daftar lagi sebab dah full, nak daftar manual pun tak boleh sebab lecturer tu dah takmau sebab dah full 40 orang pelajar dalam kelas depa.. Kelas sampai 15, tapi semua 15 kelas tu penuh 40 orang ! Haisshhh.. Aku nak campak celah mananya nie? Hmmmm πŸ˜“ Kalau tak dapat amik sem nie kena amik sem depan ! Aku harap subjek sem depan tak hard sangat. Tapi sem depan dah kena amik PSM 1. Aku still tak pikiaq lagi nak buat apa untuk PSM aku nih. Hmmmmm.. πŸ™

Lastly, semoga aku berjaya lalui semester nie dengan happy dan tenang ! Hahaha.. Jadi student nie stress dia tak tau nak habaq.. Kalau kerja pun ada ja stress dia.. Pokoknya, apa yang kita buat semua stress.. Hahahahaha.. πŸ˜₯ Okbai !

xoxo,
MissY πŸ’˜



Monday, August 14, 2017

Haters Gonna Hate

Assalammualaikum... πŸ’‹

Okay first sekali kami nak pesan hidup nie jangan membenci kalau takmau dibenci... Haaaa gituuu.. πŸ’’ Tapi biasalah kita tak kacau hidup orang pun masih ada yang membenci atau ayat manis sikit iri hati (mungkin) dengan diriku yang serba kekurangan ini. πŸ’

Alhamdulillah semakin benci dikau kepada diriku semakin bahagia hidupku.. Kahkah ! Kami tau ada je manusia yang dok stalk hidup kami nie.. Kami tak kisah laa hampa nak kata apa pun pasai kami.. Kami pun ada hidup sendiri.. Cuma kami nak cakap dekat sini let bygones be bygones.. πŸ’ž

Kami cuma perlukan orang-orang yang betoi-betoi ikhlas ja nak kawan dengan kami.. Kami tak perlukan stalker yang nak stalk hidup kami lepastu p bercerita.. (taktau lah kalau yang lelaki pun kaki gosip) And kami ada hak untuk pilih dengan siapa kami nak berkawan.. Jangan terasa kalau TERKENA remove okay πŸ˜€

Akhir sekali, semoga kita semua bahagia dengan hidup masing-masing dan semoga kami dapat maafkan hampa hampa hampa hampa dan hampa semua okay 😘 Move on please guys πŸ™Š Kami mintak maaf lah kalau-kalau ada yang hampa tak puas hati lagi dengan kami nie sebab kami memang dah takmau tau apa-apa pun pasai hampa semua.. Takmau ada pun dalam kenangan hidup kami nie tauuuu.. Haaaaa biaqlah masing-masing dengan hidup masing-masing naaa.. Dan apa pun yang kami buat takdak kena mengena langsung dengan hampa hampa hampa hampa semua tauuuu ! 😚

Jangan mengutuk, nanti dapat pahala free ! (Alhamdulillah, terima kasih dok bagi pahala kat kami) 🌸

xoxo,
MissY πŸ’˜

Sunday, July 30, 2017

Result Semester 3 ❤

Assalammualaikum.. πŸ’•

Akhirnya result kami semua dah keluaq pagi tadi.. πŸ‘ Hahaha.. sem nie lah sem yang paling lama nak tunggu result keluaq. πŸ˜“ Mungkin sebab lecturer nak tunggu semua orang hantar report masing-masing kot. Sebab kami semua buat ROS kan sebelum nih.. huhu.. tu yang lambat tu result nak keluaq.. πŸ˜†

Alhamdulillah result masih dalam range yang aku puas hati.. In Shaa Allah semester depan aku akan usaha lagi untuk dapat lebih baik. 😁 oh yaaa.. Aku dah janji nak cerita serba sedikit pasal orentasi sekolah aku tu kan? Nanti aku cerita selama 2 minggu tu aku buat apa dekat sekolah.. heheheh.. 😍

xoxo,
MissY πŸ’˜

Friday, July 7, 2017

Teacher to be.....

Assalammualaikum 🌹
Alhamdulillah for my new journey. Hari Ahad nie aku akan mula ROS atau Rancangan Orentasi Sekolah dekat sekolah lama aku in shaa Allah. Doakan urusan aku berjalan lancar selama 2 minggu nie. Aamiin. ROS nie salah satu perkara yang semua bakal guru perlu buat sebelum bergelar seorang pendidik. Semoga Allah mudahkan bagi aku. Haaa.. Nak tau apa aku kena buat sepanjang ROS nie? Tunggu aku update semua dekat sini okay. Yang pasti kena buat report lah.. Hahaha.. Good luck buat semua kawan-kawan yang akan menjalani ros minggu depan termasuk jugak diri sendiri 😊

xoxo,
MissY πŸ’˜

Saturday, June 10, 2017

#SheaBeatsCancer

Assalammualaikum.. πŸ™†

Nampak title post aku kali nie? 😞 Sapa yang main blog nie mungkin kenal dengan Shea Rasol . Shea meninggal dunia hari Jumaat dalam bulan Ramadhan (9 Jun 2017). Aku mula kenal dia lepas tengok dia jadi pengacara dekat SIS TV9 dulu (dengan Heliza Helmi). Sejak tu aku mula follow blog dia. And honestly I don't even know about she having a cancer. Dia ada post entry pasal dia ada cancer nie 4 months ago. Well I'm busy with my studies and tak sempat pun nak bukak and belek blog apatah lagi baca entry orang. 😞 She's battling with urachal cancer atau kanser perut dalam bahasa mudah. Shea dah buat chemo 3 kali tapi takda effect on the growth. You guys can go and check her second last post on http://www.myamethyst-shea.com/ . Aku dapat tahu pasal dia pun lepas baca post Farah Lee dekat instagram. Agak terkejut jugak masa baca tu.

Even tak kenal rapat and tak pernah jumpa tapi still rasa sedih sebab dia seorang yang sangat positif. Aku suka tengok fesyen-fesyen yang dia pakai. Lepas tu dia suka travel merata tempat. Actually sel cancer nie memang ada dalam badan kita. Cuma aktif dengan tak je. Kalau-kalau rasa ada something wrong with your body please go and check with doctor. Kita ingat sakit biasa tapi tup-tup dah tahap 4. 😞 I know she didn't  even know if I wrote this for her. But let's sedekah Al-Fatihah buat arwah Farah Syahirah Rasol.

πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ


Ψ₯ِΩ†َّΨ§ Ω„Ω„Ω‡ِ وَΨ₯ِΩ†َّΩ€Ψ§ Ψ₯ِΩ„َيْΩ‡ِ Ψ±َΨ§Ψ¬ِΨΉΩˆΩ†
  
Al-Fatihah...

Ψ¨ِΨ³ْΩ€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω…ِ Ψ§ٌΩ„Ω„َّΩ‡ِ Ψ§ٌΩ„Ψ±َّΨ­ْΩ…َΩ†ِ Ψ§ٌΩ„Ψ±َّΨ­ِيْΩ€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω€Ω…ِِ
Ψ§َΩ„ْΨ­َΩ…ْΨ―ُ ِΩ„Ω„Ω‡ِ Ψ±َΨ¨ِّ Ψ§Ω„ΨΉَΨ§Ω„َΩ…ِΩŠΩ†َ ۞ Ψ§Ω„Ψ±َّΨ­ْΩ…َΩ†ِ Ψ§Ω„Ψ±َّΨ­ِΩŠΩ…ِ ۞ Ω…َΨ§Ω„ِΩƒِ يَوْΩ…ِ Ψ§Ω„Ψ―ِّΩŠΩ†ِ ۞ Ψ₯يَّΨ§Ωƒَ Ω†َΨΉْΨ¨ُΨ―ُ وΨ₯يَّΨ§Ωƒَ Ω†َΨ³ْΨͺَΨΉِΩŠΩ†ُ ۞ Ψ§ِΩ‡ْΨ―ِΩ†َΨ§ Ψ§Ω„Ψ΅ِّΨ±Ψ§Ψ·َ Ψ§Ω„ْΩ…ُΨ³ْΨͺَΩ‚ِΩŠΩ…َ ۞ Ψ΅ِΨ±َΨ§Ψ·َ Ψ§Ω„َّΨ°ِΩŠΩ†َ Ψ£Ω†ْΨΉَΩ…ْΨͺَ ΨΉَΩ„َيْΩ‡ِΩ…ْ ΨΊَيْΨ±ِ Ψ§Ω„ْΩ…َΨΊْΨΆُوبِ ΨΉَΩ„َيْΩ‡ِΩ…ْ وَΩ„Ψ§َ Ψ§Ω„ΨΆَّΨ§Ω„ِّيِΩ†َ
Ψ’Ω…ِّيْΩ†

Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.

Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin.

Ψ§َΩ…ِΩŠΩ† يَΨ§ Ψ±َΨ¨َّ Ψ§Ω„ْΨΉَΨ§Ω„َΩ…ِيْΩ†...


xoxo,
MissY πŸ’˜

Wednesday, May 17, 2017

Dari Hati

Assalammualaikum 🌷

Memandangkan aku bosan harini aku nak cerita pasal diri aku sendiri. Macam mana aku dulu dan aku sekarang. πŸ’ž Bukan nak berlagak bagus ka apa cuma nak kongsi macam mana proses perubahan aku nie. πŸ’’ Untuk peringatan buat diri aku sendiri jugak dan jugak untuk orang-orang luar sana yang terasa nak berubah. 😊 Maksud aku berubah dekat sini ialah berubah untuk jadi lebih baik. Bukan laa nak cakap aku nie baik tersangat-sangat baik. Kita nie manusia, ada kelemahan dan kekuatan kita sendiri. Sama juga aku.. banyak je kelemahan aku tapi kalau kita usaha mesti kita boleh jadi terbaik kan? So jom kita mulakan cerita. πŸ˜—

Aku jujur dekat sini okay, aku betul-betul fully bertudung masa umur aku 16-17 tahun. πŸ˜“ Maksd fully dekat sini ialah pakai dan tak bukak dah.. Sebelum-sebelum tu kejap aku pakai kejap aku bukak. 😌 Aku tau je tutup aurat tu wajib tapi biasa laa masa remaja kan, terikut orang tu terikut orang nie tapi aku tak buat benda bukan-bukan okay. 😱 Aku masih macam aku yang sekarang cuma version tak pakai tudung je. Haha. 😜Kalau keluar je Mak ayah aku memang tak bagi aku balik lambat. Mesti balik sebelum pukul 7. Sebab dulu aku memang tak boleh keluar malam selain daripada dengan family, adik-beradik, dan sepupu sendiri. Kalau dengan kawan-kawan jangan harap laa aku boleh keluar malam-malam. πŸ˜₯ Okay sambung.. Sebelum aku fully bertudung, aku selalu pakai tudung dengan baju lengan pendek, lepas tu agak ketat jugak laaa.. πŸ˜… Bila ingat balik... cissssss.. kenapa aku pakai macam tu? πŸ˜“

Jadi aku mula slow-slow berubah.. Aku mula berubah betul-betul lepas aku masuk politeknik dekat Terengganu. πŸ˜” Ada hikmah aku masuk situ sebab aku dapat ubah diri aku. Dari baju lengan pendek aku tukar lengan panjang. πŸ˜† Dari tudung atas dada aku turunkan ke bawah dada. Aku tak pasti sebab apa aku berubah tapi yang pasti tiba-tiba je aku rasa nak berubah macam tu. Alhamdulillah.. πŸ˜‡ Mungkin tu hidayah dari Allah untuk aku? Dari lengan panjang aku tambah sarung tangan (handsock) Alhamdulillah aku bersyukur sebab aku diberi hidayah untuk berubah masa umur aku masih muda dari sesetengah orang bila dah berumur baru dapat hidayah untuk berubah. Dan In Shaa Allah sarung kaki pulak lepas nie.. Slow-slow aku try pakai.. Hehee.. πŸ˜…

Ye memang mula-mula nak buat kita rasa susah sangat payah sangat. 😰 Panas laa rimas laa semua ada. Banyak je alasan, aku pun macam tu dulu tapi percaya aku cakap lepas dah biasa pakai lama-lama hampa akan rasa macam ada kekurangan, rasa macam terdedah. 😳 Itu yang aku rasa sekarang so it's a good things actually! πŸ˜€Percayalah kita berubah nie bukan untuk sesiapa tapi untuk diri kita sendiri. Dosa kita. Balasan kita di akhirat kelak. Fikir tu je okay. πŸ™† Setakat nie je dulu aku berkongsi. Nanti kalau ada cerita yang lagi best aku nak kongsi aku tulis k. πŸ™ˆ Semoga kita semua diberikan hidayah dari Allah. Aamiin πŸ’‹

xoxo,
MissY πŸ’˜

Bicara Hati

Assalammualaikum 🌸

Kadang-kadang benda baik yang kita buat tu tak perlu kita heboh dekat orang. Ada orang suka ada orang tak suka so diam je okay. Kalau orang suka dia puji takpa, tapi kalau orang tak suka dia mengutuk alhamdulillah kita dapat pahala hasil dari kutukan manusia itu sekalian. πŸ˜€ Pahala free so jangan marah kalau orang kutuk ka mengata belakang ka apa sebab pahala kita yang dapat. Hehehehe.. πŸ˜… So saja nak cerita dekat sini apa benda yang tengah otak aku pikiaq. So kita fikir positif sahaja dan buat hal sendiri asalkan kita tak kacau orang. Kalau ada yang tak puas hati tu ada laa yang dia cemburukan dengan kita kan? Yeke? Entahlahh.. πŸ’ Kalau kita tak kacau orang buat apa orang nak kacau kita kan? Dan memang jenis aku suka peace and quiet. πŸ˜‰ Aku tak suka gaduh-gaduh. Aku tak suka bising-bising walaupun aku nie memang jenis manusia yang bising jugak. Aku ikut mood. Kalau mood aku nak bergurau senda tu boleh laa tapi kalau mood aku nak sorang-sorang maka aku akan duduk sorang-sorang. Itu memang aku.. πŸ˜„ Tapi kalau aku dah tak tahan sangat memang aku akan meletup laaa. πŸ’£ Yang tak pernah tengok lagi macam mana aku mengamok boleh laa cakap aku nie lembut apa bagai. Yang dah pernah tengok tau laa macam mana aku tapi setakat aku hidup nie memang semua kawan-kawan aku tak pernah tengok lagi aku mengamok. πŸ˜₯

Buat baik susah, buat jahat pun susah. Jadi kita buat apaaaaaa?? Haa jawab laa sendiri 😬

xoxo,
missY πŸ’˜

Friday, April 28, 2017

PETUNJUK ISTIKHARAH

Assalammualaikum..🌹

Bila kita tengok perempuan atau lelaki yang kita mention namanya dalam istikharah.
Hati terasa 'LAPANG'.
Maka itu tanda JODOH yang baik.
Tapi bila kita sebut nama dia
Tengok gambar dia,
Jadi sempit dada,
Serabut fikiran, tak tenang, rasa ada something wrong,
Maka itu petunjuk bukan jodoh yg baik.

πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ

Ingat.
Istikharah tak semestinya dapat 'petunjuk' dari mimpi, kadang dari pemilihan mak ayah pun boleh jadi asbab petunjuk dari Allah, yang mana keluarga hanyalah perantaraan.
Dan jika mimpi pun takda, mak ayah pun tak bagi jawapan.
Pilihlah mengikut apa yang ada dalam hati.
Again, apa yang ada dalam hati.
Cop ! Lubuk hati yang paling dalam.

πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ

Saja nak ingatkan.
'Kasihan'
Dan
'Cinta'
Perasaan yang berbeza.
Jika kerana kasihan, jangan hairan terlalu ramai kita 'kasihankan' selepas dia.
Mendirikan 'masjid' bukan hal enteng untuk dimain-mainkan yaa kak bang dik ?
Tapi 'mendirikan masjid'
Merupakan 'penyatuan dua hati' yang sedia untuk tempuh laluan yang 'mencederakan kaki' bagi mereka yang tersilap langkah. 

πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ

xoxo,
MissY πŸ’˜

Tuesday, April 11, 2017

Cara Untuk Redakan Marah

Assalammualaikum ! πŸ‘§

Lama tak update blog. Banyak je benda nak tulis tapi tak sempat lagi. Nanti kami up semua cerita-cerita yang kami nak bagitau dekat sini k. πŸ˜†

So hari nie kami ada dengaq tadi dekat astro Oasis.. πŸ˜‡ Cara nak redakan marah.. Supaya lebih banyak bersabar.. Marah tu kan tak elok kan.. *padahal aku pun marah-marah dah sebelum tu.. hmm* πŸ˜“

Tekniknya ialah sentiasa mengamalkan πŸ‘‡

S L T C

Stop 
- Berhenti ! Tarik nafas.. Hembuss... Supaya lebih tenang.
Listen 
- Kita marah mesti ada sebab kan.. So, kita dengar dulu apa yang ingin diperkatakan.
Think 
- Berfikir.. Fikir dulu sebelum cakap sesuatu.
Communicate 
- Apabila sedang marah, berkomunikasilah dengan sesiapa yang boleh mendengar.. Kita kongsikan masalah itu supaya kita lebih tenang.


Akhir sekali,
Semoga marahmu reda..
Dan tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang lain ataupun dirimu sendiri.. πŸ˜‰

Btw, ayat nie semua aku olah sendiri lepas dengaq tadi.. maafkan diri ini andai ada kesilapan dalam menyampaikan ilmu yang aku dapat ini. πŸ‘

xoxo,
MissY πŸ’˜

Monday, April 3, 2017

Wednesday, March 1, 2017

Welcome March 2017


"Make bold choices and make mistakes.

It's all those things that add up to the person you become."

-Angelina Jolie-

#welcomeMarch2017

πŸ’“





xoxo,
MissY πŸ’˜

Monday, February 13, 2017

New Semester (Tahun 2)

Assalammualaikum πŸ’ž

Alhamdulillah untuk 2 hari pertama semester baru.. Haha tapi yang tak bestnya aku boleh pulak tiba-tiba tak sihat.. Selsema.. Hmmm.. Sedih betoi.. Aku kalau selsema nih memang ganggu habis aktiviti harian aku.. Dia naik menangkap kepala.. Adoii sakit gila.. Huhu.. 😷

Kelas pulak.. Emm.. Aku baru 2 hari masuk kelas.. Tunggu sampai hujung minggu nie pulak k.. Nanti aku cerita lagi pasal kelas.. Buat masa nie semua lecturer okay je laa pada aku.. Huhu.. Eheemmm kelas DrHensem aku dah masuk hari Ahad haritu.. Ahahahahaha.. Semua orang macam "wow" tapi aku relaks je sebab dah tau dia yang mengajar.. Ahahahaha bongok jeeee πŸ˜‚

Haa aku nak cerita pasal rumah sewa aku lah.. Kami duduk 8 orang.. aku, Farah, Ika, Dhada, Adda, Anim, Wani dengan Ilyia (senior).. πŸ™ˆ Duduk dengan depa nie memang tak kering gusi lah.. Memang bergelak ketawa je sepanjang masa.. Sampai bertambah sakit kepala aku dok gelak masa tengah tak sihat nih.. Haha.. πŸ˜† 

Rumah sewa kami alhamdulillah lengkap semua.. Mesin basuh adalah perkara utama yang akan student cari lah ! Hahaha.. Pastu lengkap dengan almari, meja study, meja makan, TV, Wifi, dan yang penting ada astro.. Haa takdak laa aku rasa ketinggalan sebab tak boleh tengok cerita dekat astro.. Haha.. 😜 Memang berpatutan lah dengan sewa kami bayaq.. RM1** 

Okay aku share ini je lah dulu yeeee.. Nanti ada masa aku sambung lagi.. Doakan aku cepat sembuh k, seksa sangat nak p kelas sakit-sakit macam nih ! Doakan jugak aku untuk semester baru nie ! Hehehehe babaii πŸ’‹

xoxo,
MissY πŸ’˜


Tuesday, February 7, 2017

Good News !

Assalammualaikum πŸ’“

Hihi.. actually tengah gumbira nih ! πŸ˜† Bukan seronok apa pun.. Haha.. Pagi tadi dekat group kelas aku kecoh pasal dah boleh tengok nama lecturer yang mengajar semester depan.. Aku sejenis yang malas nak bukak on time direct.. πŸ˜’ So aku baru bukak tadi.. Haha.. Yang seronoknya sebab salah sorang lecturer yang mengajar kelas aku semester depan HENSEM gilaa ! Hahaha bagi aku hensem laa bagi orang lain aku tak tau laa.. 😍 

Actually aku pernah dah terserempak dengan dia semester lepas.. 2 kali jugak laa.. Haha.. Memang hensem oii ! πŸ™ˆ 2 kali aku pandang dia sebab terkejut hensem sangat.. Selama nih tak pernah perasan pun dia dekat fakulti tuuu.. πŸ’’ Hahaha.. Nak kata gatai ka apa suka hati hampa lah tapi memang aku seronok pun.. KAHKAHKAH πŸ˜‚

Aku dengar depa cakap dia dah kawin.. Hahah.. Peduli apa aku, janji dia mengajar kelas aku sem depan.. Haha.. 😝 Ye, kita hormat orang dah kawin.. Dan aku seronok pun bukan nak menggatai ka apa.. πŸ˜‘ Biasa laa.. Kalau tanya budak-budak lelaki mesti depa nak cikgu yang lawa-lawa ajaq depa.. Sama laa kami kaum wanita ini jugaaaaaaa.. πŸ’ƒ

Member aku cakap kenapa dia tak perasan pun ada lecturer hensem? Hahaha aku pun TERserempak.. Kalau tak TER tu aku pun tak perasan jugak.. And jenis aku memang tak cerita apa-apa dekat sapa-sapa.. 😜 Takkan laa tetiba hg nak p cerita dekat orang weh dia tu hensem weh dia nie hensem.. NO !! πŸ™… Itu bukan aku.. Aku lagi suka simpan sorang-sorang 😁

So akhir kata semoga semester depan berjalan dengan lancar.. Aku sentiasa mengharapkan kalian doakan yang terbaik untuk aku.. Thanks..πŸ™‹

Aamiin πŸ’Ÿ

xoxo,
MissY πŸ’˜

Sunday, February 5, 2017

Kisah Seram

Assalammualaikum 🐼

Lately nih aku rajin baca cerita seram.. πŸ‘» Dekat facebook aku baca Fiksyen Shasha tu.. Dekat twitter aku baca Seramshit.. 😜 Haha.. Saja seronok nak baca kisah orang.. Tak kira laa betoi ka reka ka aku tak kisah pun.. Sebab aku suka je cerita hantu nih.. πŸ™ˆ Lepas aku baca cerita depa nih aku teringat pulak cerita-cerita yang jadi masa aku study dekat Dungun dulu.. πŸ˜“

Aku mula dengan cerita masa aku semester 1 dekat asrama.. Pelajar semester 1 memang wajib duduk asrama even rumah hampa dekat pun hampa memang kena duduk asrama.. πŸ˜ƒ Haha.. Aku pun tak tau kenapa tapi macam tu lah.. 😝 Masa nie memang banyak dengar cerita dari kawan-kawan aku.. Ada yang nampak kelibat dekat pokok laa.. Ada yang kena tindih laa.. Ada yang dengar main tarik kerusi meja semua ada.. Yang best depa dengaq tu dekat dalam bilik kosong sebelah bilik aku.. Ahahaha seram tak? Aku yang dengaq depa cerita pun rasa gerun jugak.. Sebelah bilik aku kot.. πŸ˜‚ Tapi aku tak pernah kena apa-apa selama duduk dekat situ.. Alhamdulillah lah.. Mungkin ayah aku pagaq ka tutup hijab aku ka apa ka lepas satu kes aku dulu aku tak tau laa sebab kalau aku duduk dalam bilik sorang-sorang pun aku tak rasa takut padahal member-member aku pakat cerita depa kena macam-macam, dengaq macam-macam.. Bukan nak cakap besaq ka apa.. Huhu.. 😰  Haa nak tau kes apa dulu tu nanti aku cerita k.. πŸ™Š Okay sambung.. yang pasal kelibat dekat pokok tu senior-senior cakap memang dekat kawasan pokok tu keras.. Tapi memang depa tak mau cerita sebab takut junior nie semua takut.. Yang kena tindih dengan main tarik kerusi meja tu kawan aku yang cerita.. 😰 Ada jugak aku dengar orang cerita ada billik yang kosong dekat asrama tu yang dikunci sebab katanya ada budak bunuh diri.. 😫 Aku pun tak pasti tapi biasa laa kadang-kadang cerita orang nie bukan boleh percaya sangat.. Aku pun dengar-dengar gitu je lah.. Haha malas nak amik tau lebih-lebih.. 😱

Nie yang jadi dekat aku.. Masa tu dah tamat semester 1 so memang banyak lah barang-barang yang nak kena bawak balik kan.. Biasalah perempuan.. Haha.. 😝 So parents aku datang laa amik aku dekat Dungun.. Time depa sampai tu pun dah dekat Mahgrib k.. Dan aku macam selalu lah jadi orang yang TERAKHIR balik.. Satu kamsis tu dah kosong.. (blok aku je k) Semua orang dah balik.. Memang tinggal aku sorang je masa tu.. Sebelah petang tu memang laa still ada kawan-kawan aku.. Tapi depadah balik sebab pakat balik naik bas malam tu so petang tu depadah gerak ke stesen bas dengan van kunyit (van sekolah warna kuning) 😁 aku pun tak tau kenapa senior panggil van kunyit.. Ahahaha.. Okay sambung.. Aku pun siap tolong-tolong depa angkat beg apa semua dengan hujan lebat masa tu.. Adoii.. Tapi takpe laa lepas dah settle tu depa pakat tanya aku okay ke duduk sorang? Aku kata okay je ayah aku pun dah nak sampai.. So lepas tu aku pun balik bilik kunci pintu duduk je dalam tu.. Huhu.. suram n sunyi jugak laa masa tu sebab yela semua orang dah balik kan.. Hahaha.. Ada jugak rasa gerun masa tu tapi aku abaikan and pasang lagu dekat fon aku kuat-kuat sambil kemas lebihan barang nak bawak balik.. Tepat je Mahgrib ayah aku sampai.. (dia pun risau sebab aku cakap tinggal aku sorang je dekat kamsis tu) Lepas ayah aku dah sampai mak aku call cakap dah sampai n suruh aku bawak beg turun.. (bilik aku tingkat 1 je) πŸ˜ƒ Aku pun bawak je laa sorang-sorang beg aku turun.. Masa tengah jalan dekat koridor tu boleh nampak keta ayah aku sebab ayah aku masuk amik dekat dalam kamsis.. Masa tu laa mak aku cakap "Ada kawan kakak tolong angkat beg.. senang laa kita tak payah naik dah". Cakap dekat adik aku.. 😱 Aku dah terkejut beruk dah masa tu sebab memang aku sorang je yang bawak beg turun.. (lepas mak aku cerita balik dekat aku) Pastu mak aku tanya aku "Kawan-kawan kakak balik bila?" Aku cakap laa "Semua dah balik.. tinggal alia sorang ja dalam bilik tu." "Hg dok sorang-sorang ka?" "Ha laa.." aku jawab.. Pastu ayah aku nak tumpang tandas.. Tapi tiba-tiba ayah aku dengaq bunyi air dalam bilik air.. Padahal ayah aku tanya aku sebelum tu ada orang tak, abah nak p toilet sat.. Aku cakap laa takdak memang semua orang dah balik.. 😐 Lepas ayah aku dengar tu dia terus tak masuk toilet sebab dia takut ada budak lagi kat dalam kamsis (yela kamsis perempuan kan) Lepas tu ayah terus ajak balik.. πŸ™‰ Yang bestnya mak aku tak cerita lagi dekat aku.. Sampai aku dah sem 2 baru mak aku cerita dekat aku... 😞 Sebab tu dia tanya aku betul ke kamsis dah takdak orang? Aku cakap betul laah.. Dia siap nampak 2 orang lagi tolong aku angkat beg.. Kiri kanan aku.. Hahh sudahhh.. HAhahaha πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Memang misteri.. Ayah aku pun rasa lain macam sebab tu dia tak masuk toilet masa tu.. Hahahahaha aku cerita balik dekat kawan-kawan aku depa siap cakap berani betoi hg duduk sorang-sorang Alia.. Berani laa sebab aku tak tau.. Cuba kalau aku tau.. Ketaq gak lutut nih.. Hahahaha πŸ™ˆπŸ™ˆπŸ™ˆ Sampai sekarang aku tak boleh lupa cerita nih.. haihhhhh πŸ˜‘πŸ˜‘ 

Okay next.. Kisah nie jadi masa kami semua dah pindah masuk rumah sewa.. Masa nie semester 3.. Masa nie kami dengaq cerita yang dekat kamsis ada kes histeria.. Tapi orang tak bercerita sangat.. Mungkin sebab tak mau kecoh kot.. Nanti semua orang takut.. Minggu nak final memang benda nie suka kacau.. Sebab kita stress masa tu.. Benda nie suka.. 😏 Pasal histeria tu aku tak tau sangat tapi aku nak cerita kisah dekat rumah sewa kami.. Malam tu kecoh laa budak-budak nie cakap budak depan rumah aku tu kena rasuk.. Kita yang dengar nie ketaq jugak laa.. Depan rumah hg ja kot weh πŸ˜“ Aku tak sure tapi yang aku dengar depa cerita.. Budak tu tengah solat pastu tiba-tiba dia gelak-gelak pastu p dapur terus amik pisau n dok toreh-toreh dinding.. Perghh boleh bayang tak? Hahaahaha sila bayangkan... πŸ˜‚ Orang cakap taman yang kami duduk nie memang agak keras.. Yela belakang rumah tu hutan je kot.. Hutan kecik je laa.. Babi banyak kawasan rumah aku nie.. Tak payah p zoo pun.. Hg selak langsir rumah hg nampak lah.. Hahahaha πŸ˜‚ Okay tu pasal budak depan rumah.. Nie rumah kami sendiri pulak.. Aku tak ingat sapa yang dengar dulu tapi dia cakap dah banyak malam dah dia dok dengar bunyi macam orang potong kuku.. πŸ™ˆ Aku tak pernah dengar lagi so aku tak percaya lagi masa tu.. Lepas tu start malam tu kami semua dengar.. Memang betul macam orang tengah potong kuku tapi dah lewat malam kot sapa yng nak potong kuku.. Pastu semua pakat tidoq pasang surah Yassin.. πŸ™‰ Banyak malam jugak kami asyik dengar bunyi tu.. pastu sorang housemate aku nie p google pasal bunyi kepit kuku nih.. Dia tulis kat situ langsuir... πŸ‘» ngehngehngeh 😱 Memang masa tu semua pakat takut laa.. Tapi aku pesan 1 ja.. Kita tak kacau dia, dia tak kacau kita.. Lepas pada tu semua pakat tidoq dekat ruang tamu ramai-ramai.. Hahahaha πŸ˜‚ Kami agak mungkin bunyi tu ah tak dak.. Sebab selalu dia bunyi kejap ja.. Tapi satu malam tu dia bunyi tak henti-henti.. Sampai laa semua yang lain dah tidoq tapi aku tak dapat tidoq dok dengar je bunyi tu.. Memang seram tapi jenis aku hati kering.. Takut tu memang takut jugak.. Tapi aku cakap dekat diri aku, aku kena kuat.. Memang tiap-tiap malam kami tidoq pasang ayat Al-Quran dengan Yassin.. πŸ™Š Esok tu kami buat baca Yassin ramai-ramai.. Alhamdulillah lepas tu dh takdak bunyi tu.. Aku pun tak ingat macam mana dia hilang.. Hmm.. πŸ˜₯ Nasib lah semester 5 nanti dah duduk rumah lain.. Hahaha.. (semester 4 kami buat LI - Latihan Industri) πŸ™†

Cerita seterusnya nie sama jugak masa semester 3 jugak.. Biasa lahh.. Bila dah habis sem ayah aku akan mai Dungun untuk usung barang aku balik Kulim.. Sebab aku buat LI dekat UNIKL.. Dekat kawasan Kulim je.. Hihihi.. 😜 Masa nie sepupu aku Ikin ikut sekali mai amik aku sebab adik aku masa nie tengah study dekat KL.. So kereta kosong mak aku ajak lah Ikin ikut sekali.. Hihi.. πŸ˜„ Masa nie memang aku yang TERAKHIR balik jugak lagi tapiiii still ada 2 orang kawan aku sebab depa kena join program MDEC apa tah dekat poli masa tu.. So depa balik lewat sikit dari orang lain.. Hihi.. πŸ˜™ So nak dijadikan cerita, masa nie mak ayah aku pun tidoq dekat rumah aku je sebab tak dak orang pun cuma kawan aku 2 orang tu esok pagi-pagi dah nak kena p poli untuk program tu.. Depa saja tidoq dekat rumah malam tu sebab nak teman aku.. Sebab aku sorang and taman tu pun macam-macam cerita dah jadi kan.. Hahaha.. πŸ˜‚ Ayah aku sampai malam tu pun dah lewat pukul 11 lebih.. Tapi aku lapaq ajak laa p makan.. Lepas tu terus balik n tidur.... πŸ˜› Nak dijadikan cerita malam tu kami berempat tidur ramai-ramai dekat ruang tamu.. (aku, sepupu aku, dengan 2 orang kawan aku), mak ayah aku dalam bilik.. Lampu semua kami tutup tinggal lampu luar je sebab ada kereta kan.. So tidur laa... Tapi yang kena kacau sepupu aku nih.. Bukan aku.. Hahahaha kesian dia.. πŸ˜‚πŸ˜‚ Dia cakap malam tu dia dengar bunyi macam bunyi seluar tracksuit tengah bergesel.. Faham tak macam mana? Cuba hampa jalan time pakai tracksuit.. Bila berlaga ada bunyi kan.. Haa macam tu laa dia dengar.. Yang bestnya dia sorang je yang pakai tracksuit malam tu.. Member aku pakai seluar tidur, aku pulak baju kelawar.. So memang takde laa bunyi tracksuit tu dari kami semua.. πŸ™Š Sepupu aku keras kan kaki dia sebab nak make sure bunyi seluar dia ke bunyi lain.. Lepas dia keraskan kaki dia bunyi tu still ada makin kuat.. Hahaha πŸ˜‚ (memang aku gelak time sepupu aku cerita.. haha) Sepupu aku dok pikiaq sama ada nak lari tidoq dengan mak aku takpun kejut aku.. Tapi dia tak kejut pun.. Haha.. Dia tidoq rapat-rapat belakang aku (aku tengah mengiring) Hahaha πŸ˜‚ Tapi rapat nie memang rapat gila.. Sejenis yang bila kita nak pusing pun tak boleh.. Hahaha.. Aku tersedaq jugak sebab tak boleh nak pusing kan.. Pastu aku tengok dia dok lena.. Aku biaq ja laa.. Maka duduk laa macam tu sampai pagi.. Tak sampai hati nak kejut dia.. Hahaha 😝 Yang bestnya dia tak cerita pagi tu.. Lepas dah balik sini baru dia cerita.. Aduhaiii.. 😁 Dia pulak yang kena kacau.. Hahahaha kesian dia πŸ˜…

Haaaaaaa.. Hampir terlupa.. Aku nak cerita yang aku cakap kes aku dulu tu.. bunyi macam teruk je tapi taklah.. Hahaha.. πŸ˜‚ Cerita dia macam nie.. Dulu masa aku darjah 6, aku pernah nampak 'benda' tu.. Kisahnya masa tu kelas malam.. Yela nak UPSR kan.. Sekolah aku ada laa buat kelas malam untuk budak-budak darjah 6.. πŸ™‹ Kelas aku nie pulak hujung sekali dekat sebelah bangunan baru.. Aku nampak benda tu dekat bangunan baru tu lah.. Sebelum tu, sekolah ada buat majlis bacaan Yassin dekat budak-budak UPSR nih.. Depa kata mungkin benda tu marah laa kot.. Aku nie pulak dok p buat team Seekers p naik bangunan yang gela p gelita tu dengan member aku sorang nih.. Kami naik 2 orang je.. Dalam hati mak aih berani sungguh.. Hahaha.. Nakal betul laa aku masa tu πŸ˜‚ Nak dijadikan cerita pulak lampu bangunan tu rosak.. Tak menyala.. 2 3 hari sebelum tu benda tu dok main-main lampu.. Sat dia nyala, sat dia padam.. Budak-budak nih pakat takut semua pakat jerit + lari lahh.. (dekat bangunan baru tu) Dia main-main lampu weh.. Dia tutup, kawan aku buka, dia tutup balik, pastu benda tu main buka-tutup2 banyak kali.. 😱 Yang aku pulak naik bangunan tu masa gelap gelita.. Aku rasa mungkin dia marah kot kami kacau tempat dia.. Sebab tu malam tu dia nampakkan diri dia dekat aku.. Aku dengan member aku yang naik bangunan tu ja yang nampak.. Aku suruh orang lain tengok depa tak nampak.. 😣 Aku dengan member aku apa lagi menangis melalak lah weh.. Takut gila masa tu.. Sebelum tu aku dah bagitau dekat ayah aku sekolah kena kacau apa semua.. Aku sampai menangis tak mau p kelas malam weh sebab takut sangat.. Yela weh darjah 6 hg nak tau apa kan.. Hahaha aku anggap diri aku tak matang lagi masa tu.. πŸ™Š Aku siap pesan kat ayah aku suruh mai amik aku awal.. Aku nak time aku keluar dia dah tunggu aku depan pagar.. Rupa dia masa tu takut weh.. Mata dia merah, muka marah gila tengok dekat aku.. Badan dia warna hitam.. Lepas pada tu aku nampak macam ada bayang putih terjun dari bangunan tu.. Memang aku nangis masa tu jugak.. Bila aku cerita depa tak percaya.. Cikgu pun tak percaya siap cakap aku merapu.. Ahahahaha.. Menangis lah aku.. Budak-budak kelas semua tanya aku kenapa.. Hahahahaha πŸ˜‚πŸ˜‚ Balik tu aku cerita dekat ayah aku.. And lepas tu aku dah okay.. Dan aku dah tak boleh nampak benda-benda tu lagi.. Benda tu pun tak kacau aku lagi dah.. Start dari tu lah aku tak takut kalau tengok cerita hantu ke apa, mungkin ayah aku dah tutup hijab aku dan pulihkan semangat aku.. So alhamdulillah sampai sekarang aku tak pernah kena kacau.. Aku tak mintak kena kacau, bukan cakap besar tapi tu lah.. Pengalaman dia takleh lupa.. Sampai sekarang tengah menaip nie pun aku ingat lagi muka benda yang renung aku tu.. Tajam sangat, memang marah sangat.. Huhu 😫 Haha.. ada orang cakap balasan sebab nakal sangat masa sekolah.. Haha.. 😝

So itu saja lah cerita aku.. Sorry kalau hampa rasa tak berfaedah bila baca.. Haha.. Niat aku nak berkongsi ja.. πŸ˜„ Kawan-kawan aku siap cakap aku nie takdak perasaan sebab tak takut tengok cerita hantu.. Hahahaha ntah laa.. Sebab aku  tau tu berlakon je kot.. Kalau depan-depan tak tau laa... Huhuhuhuh.. πŸ˜₯

Conclusion nyaaaaa.. Benda nie ada cuma kita yang kena kuat semangat.. πŸ’ͺ Kita tak kacau dia, inshaaAllah dia tak kacau kita πŸ˜† Okay babaii.. Nak tidoq basuh kaki baca doa tidoq and baca apa yang patut k πŸ‘‹

xoxo,
MissY πŸ’˜

Thursday, February 2, 2017

Result Semester 2 ❤

Assalammualaikum 🌸

Akhirnya result kami dah keluaq.. Yeayy alhamdulillah.. πŸ’“ Tak banyak berubah pun dari semester lepas.. Lebih kurang je.. Haha.. It's okay.. Aku dah buat yang terbaik.. 😊 Puas hati laa dengan result aku sebab memang tak study sangat pun.. Huhu.. Tapi okay laa.. Still okay.. πŸ™ˆ 

Cumanya aku harap semester depan aku rajin sikit laa.. Tambah-tambah dah duduk rumah sewa nih.. Hmm.. πŸ˜₯ Lagi banyak perkara yang boleh melalaikan contohnya TV ! Ahahaha πŸ˜‚πŸ˜‚ So aku kena kuatkan semangat aku.. Yeahh ! πŸ’ͺ 

Dan yang lebih pasti aku kena cekalkan hati.. Setan banyak sangat dok hasut aku nih πŸ˜‘ Sabarrr..... Diam..... Chill..... Relax..... Lagi apa lagi?? 😣 Haha.. And aku harap aku takdak banyak terasa hati sebab benda-benda tu semua gangguan untuk aku belajar.. Hahahaha πŸ˜› Takpe lah.. Bukan tak biasa simpan sorang-sorang makan hati yedokk? Ngeeee.. πŸ˜”πŸ˜”

Apa pun doakan aku untuk teruskan degree aku nie sampai habis ! And doakan aku bahagia selalu okay gang ! 😊

Thanks πŸ’‹

xoxo,
MissY πŸ’˜

Wednesday, February 1, 2017

Welcome February 2017

"Do not spoil what you have by desiring what you have not, remember that what you now have was once among the things you only hoped for". 

-Epicurus-

#welcomeFebruary2017

 πŸ’‹


 



xoxo,
MissY πŸ’˜

Tuesday, January 31, 2017

Celebrate Birthday Ikin ❤

Assalammualaikum 🌹

Moshi moshi... πŸ™† Ye.. Semalam birthday sepupu kami hat paling sayang nih ! πŸ’“ Hihihi.. So kami plan nak buat surprise dekat dia.. 😏 Dia langsung tak sedaq pun nak buat birthday dia sebenaqnya.. Bagus jugak dia tak sedaq sebab banyak penyebab yang memungkinkan kekantoian bakal terjadi.. Hahaha bahasa aku memang complicated.. Tak paham sudah ! πŸ˜‚ Tapi akhirnya berjaya.. Yeayyyyy.... πŸ‘ 

Sebenaqnya memang dah plan sebelum dia balik cuti lagi.. πŸ™Š Kebetulan Angah mai rumah and mintak ummi masak sebab nak celebrate birthday Ikin.. Hahaha.. πŸ™ˆ Angah laa selalu menjadi dalang bab2 surprise nih.. Tahun lepas kami buat dekat rumah makchaq dekat KL.. Masa tu aku keja dekat sana, Angah pun p sana and kami celebrate dekat sana ramai-ramai.. Hihihi.. 😍 Okay sambung.. pastu ummi pun okay je nak sambut dekat sini.. 

Pada hari kejadian kami plan macam-macam laa sebab nak suruh Ikin mai rumah pakai lawa-lawa sikit.. 😁 Kalau tak dia kira nak pakai tracksuit ja.. πŸ˜₯ Ahahahaha tak kisah pun tapi jap lagi nak sambut birthday dia kot.. Macam tak baik ja biaq dia pakai tracksuit ja.. Hahahah.. Prihatin tak aku?? 😜 Haa aku memang kakak yang baik k..... Hahahahahaha kbaii ~ πŸ™Š Maka aku pun cakap laa dekat adik aku tipu ja cakap nak keluaq lepas makan so pakai lawa-lawa sikit.. Hahahahaha.. Sumimasen Ikin 😰 

Petang tu plan pun berjalan dengan lancar.. Angah mai hantaq Ikin dulu dekat rumah pastu Angah p beli kek and KFC (trend family kami) 😬 Balik ja Alang wasep aku cakap nak sampai dah and suruh bawak Ikin naik atas.. Tapi masa tu kami tengah makan dekat dapoq so plan bertukar.. Angah dengan Alang masuk rumah macam biasa dulu.. πŸ˜‰ Lepas tu baru depa mai dapoq sambil bawak kek.. Yeayyy.. πŸ˜€ Hahahaha.. aku nak upload video tu dekat sini tapi line lembab.. Nanti aku letak.. Hahahaha.. πŸ˜›

So macam biasa laa.. Makan-makan sampai kenyang ! Hahaha.. And yang pasti selfie welfie tu wajib ! Hahahaha aku share sikit gambaq birthday girl kita.. πŸ’ƒπŸ’ƒ 



 Potong kek ! Hihi 😝



 Posing laa sikit ! Hahaha πŸ˜‚

Okay tu aje dulu.. Nanti aku sambung upload gambar and video lagi k ! 😘

Happy 21st birthday Ikin ! πŸ’‹ #30January2017 πŸ’ž

 
xoxo,
MissY πŸ’˜


Saturday, January 28, 2017

Coretan Dari Hati ❤

Kadang-kadang bila stress aku rasa nak makan banyak-banyak bagi gemok bagi takdak orang pun yang suka aku and aku pun tak payah suka dekat sapa-sapa.. 😒 Aku rasa sebab tu bila stress ja perempuan kuat makan.. Hmm.. Ntah laa setiap orang ada pandangan yang berbeza.. Pastu bila gemok dok gaduh kata gemok pulak.. Tulah perempuan.. Otak dia celaru macam-macam dia pikiaq.. Complicated lah senang cerita.. 😐 Aku sendiri pun kadang-kadang tak paham dengan diri sendiri.. Macam mana orang nak faham aku? 

Masalah dia dekat sini aku jeles.. Yes.. Aku jeles.. Tapi aku jeles dekat orang yang tak sepatutnya aku jeles.. Maksudnya aku dengan dia takdak apa-apa and aku jeles.. Mungkin ada orang pernah rasa macam aku rasa nih.. Mungkin takdak.. Ntah.. Kawan aku pernah cakap.. Usaha kalau betul suka dia.. Tapi masalah aku dekat sini aku tak berani.. Yes.. Aku tak berani.. Aku takut.. Mungkin sebab aku perempuan.. Bukan aku takut orang cakap perigi cari timba ka timba cari perigi ka.. Tapi aku sendiri tak yakin dengan diri aku nih.. Layak ka aku?? Kalau ada yang lagi layak dari aku?? Aku takut kalau aku bagitau nanti tetiba kena friendzone.. Sebab aku dengan dia boleh dikatakan rapat.. Aku takut nanti daripada boleh berkawan terus hilang.. Hmm.. And oleh sebab sikap aku yang berdiam diri nih, maka si A itu dah terlepas ke orang lain.. Haha.. Padan muka aku.. πŸ˜† Okay takpe pasal tu, aku dah okay and jadi lagi sekali..

Si B nih.. sama jugak masalah aku.. Suka tapi tak bagitau.. And good news dia belum ada girlfriend.. Tapi aku still takut nak bagitau.. Aku sendiri tak pasti aku suka ka minat ka apa ka.. Tapi yang pasti aku jeles.. Aku sangat jeles.. Aku taktau nak buat apa so sekarang aku just nak cuba jauhkan diri je dari dia.. Aku nak tengok je dari jauh.. Aku cuba buat biasa.. Aku taknak sakit hati lagi.. Aku takut semua tu.. 😟 Bukan kejap nak baik wehh kalau sakit hati patah hati hancur hati dan seangkatan dengannya.. Lama.. Mungkin orang lain hang bawak p jalan-jalan shopping boleh terus lupa.. Tapi aku bukan macam tu.. Aku sangat susah move on.. πŸ’” Jadi aku plan aku nak tumpukan dengan study aku je and lupakan pasal nih.. Kalau ada jodoh ada laa.. Kalau aku dengan si B nih ditakdirkan untuk jadi kawan maka aku hanya akan berkawan.. Just go with the flow.. Aku berserah semua kepada Allah SWT.. 😒 

Tak adil sebab depa taktau aku suka depa kan? Tapi bila aku nak bagitau aku fikir banyak kali.. Depa mungkin layak dapat yang lagi baik.. Dan aku jugak fikir aku takut aku langsung tak boleh kawan dengan depa.. Sebab tu aku putuskan untuk diam.. Complicated kan aku nih.. Pastu bila jeles, sakit hati sorang-sorang.. Padahal depa taktau apa pun.. πŸ˜ͺ Even dia pernah cakap dia suka aku tapi aku tak pernah pun nak percaya.. Sebab yela.. lelaki kan, kadang-kadang depa melawak.. Kita bukan tau kalau depa cakap serius.. Aku anggap depa melawak.. Hmm ntahlah.. Sekarang memang aku serahkan pada takdir ja.. Aku tak mencari and aku tak nak cari.. Biaq datang sendiri.. Haaaa giteww.. πŸ˜› 

Kalau ada yang baca entry aku nie pun kalau nak salah faham ka ape aku tak kisah.. Aku punya blog nie jadi diari aku.. Aku tak tau nak cerita dekat sapa so aku tulis semua dekat sini dengan harapan aku boleh lega and benda nie tak merayau-rayau dalam kepala otak aku.. 

All the best dear myself  πŸ’ͺ

xoxo,
MissY πŸ’˜

Monday, January 23, 2017

Janji Allah ♥

 Assalammualaikum..

Hihi.. Aku terjumpa satu post nie dekat fb.. So aku nak share dekat sini.. Kalau-kalau aku patah hati ke sedih ke apa ke aku boleh baca balik benda-benda yang aku post dekat sini.. Hihi.. :D
 

Bila sukakan seseorang, cuba try jauhkan diri dari dia. 
Time tu baru kau boleh beza sama ada kau sukakan dia kerna nafsu atau kerana Allah.
Macam mana nak beza?
Bila suka itu berlandskan nafsu, sepanjang tempoh berjauhan kau rasa segalanya tak kena. 
Tak tenang, rasa nak kena contact jugak. 
Takut 'dia' beralih arah dan sebagainya.
Tapi, bila ianya benar lillahi ta'ala, tak contact pun tak kisah. 
Sebab apa? 
Sebab keyakinan dan kebergantungan tu betul-betul pada Allah. 
Andainya si dia bukan jodoh pun, tiada kekecewaan kerana harapan tak diletakkan pada manusia yang kau cinta. 

 Yes.. betul tu.. Aku kena didik diri aku supaya buat macam nie.. Jangan ikut hati.. Tapi percaya pada qada dan qadar Allah.. Janji Allah itu pasti.. 

xoxo,
MissY ♥

Chit Chat Kosong (:

Assalammualaikum.. 

Annyeong readers.. Tak tahu lah aku nie ada pembaca setia atau tidak.. Hihi.. Dah dekat 2 minggu balik bercuti semester.. Actually tak tahu nak cerita pasal apa.. Memandangkan blog nie open.. Aku malas nak cerita banyak pasal diri sendiri.. Aku suka kongsi benda-benda best yang berlaku kat aku, member-member tak pun family aku.. Btw, haritu aku dengan member aku ada buat surprise dekat Eka.. Nanti aku update pasal tu okay.. Video semua dah siap aku buat.. Hehe.. So harini aku just nak relax-relax.. Lama pulak biaq blog nie tak update apa-apa.. Jadi aku nak tulis-tulis je apa yang aku fikir dalam kepala aku nie.. Kahkahkah..

Oleh sebab tahun 2 pun bakal bermula bulan Februari nanti, aku cuma nak usaha selebih dan semampu yang boleh.. Aku mengku semester lepas sangatlah stress, dengan jadual kelas yang penuh sampai malam pun ada.. Memang letih semester lepas.. Dengan lecturer yang push sana-sini, assignment yang menimbun, aku pun tak tau macam mana nak describe dah.. Huhu.. Tapi memang stress.. Rasa nak meraung pun ada.. Aku rasa tekanan tu dalam diri aku.. Sumpah tak boleh nak handle.. Punya serabut nak cerita bagi kat hampa nih.. Hmmm.. Aku harap semester depan aku boleh hadapi dengan tenang.. Aamiin.. Walaupun aku rasa akan ada benda yang bakal terjadi.. Hmm.. Aku harap aku tabah.. Hati tolong kuat okay.. Hidup mesti diteruskan.. 

Yang pasti lepas apa yang aku tunggu nie terjadi aku akan teruskan apa yang patut.. Sebab aku PEGANG PADA JANJI.. yes, aku ingat semua janji-janji aku tu.. And I'm not the one who broke it! Sehingga hal itu terjadi aku kena kuat dan andainya perkara itu tetap terjadi aku kena lagi bertambah kuat dan kuat dan kuat dan tabah.. :') 

Lastly, wish me luck for my result :) Thanks for wasting your time by reading this entry..

xoxo,
MissY ♥

Sunday, January 1, 2017

Welcome January 2017 ❤

If you fall behind, run faster. 

Never give up, never surrender, and rise up. 

Against the odds. -Jesse Jackson-


Alhamdulillah.. Thanks for all the good and bad memories on 2016. May 2017 be more blessed year for me #welcome2017 #01012017