Posts

Showing posts from August, 2016

Tips Penjagaan Wajah Wanita Korea

Assalammualaikum !  Actually aku terbaca tips nie dekat facebook, aku takut hilang tenggelam dengan post-post lain, so aku decide nak tulis dekat blog nie. Senang nak baca balik nanti. Hehehe. Bagus tips-tips nie semua and sebenarnya nie benda basic je nak jaga kulit wajah kita. Aku pun dah pernah share entry yang lepas-lepas tentang tips penjagaan muka. Kalau rajin carilah ye. 
Tips #1 Memakai Toner
Sebaik sahaja selesai mandi, anda harus memakai toner dalam masa 10 saat sebaik sahaja keluar dari bilik mandi. Ini kerana, lebih lama anda tangguh, kulit anda akan terdorong untuk menjadi lebih kering. Untuk memudahkan, anda boleh menyimpan toner di dalam bilik mandi. 
Toner sebenarnya juga berfungsi untuk menutup kembali liang pori yang terbuka, anda juga boleh menyapu krim pelembab secepat mungkin. 
Tips #2 Memakai Mask Muka
Untuk mendapat hasil yang berkesan, wanita korea membawa kepingan mask bersama mereka ke gim ataupun spa. Sebaik sahaja pori muka terbuka oleh kerana wap panas di s…

J.O.D.O.H ♥

Assalammualaikum..

Pernah tak kita terfikir pasal jodoh? Tipu kalau ada yang kata tak pernah. Bagi aku, bila dah sampai umur 20-an nie memang kebanyakan orang akan fikir soal jodoh. Sekarang bukan masa untuk bermain cinta monyet lagi dah. Semua mesti nak cari yang tepat untuk dijadikan pasangan hidup. Bukan lagi masa nak putus dan buat perangai macam budak-budak sekolah.

Sama laa jugak macam aku. Walaupun kadang-kadang aku rasa aku seronok sorang-sorang tapi lepas aku tengok sorang-sorang kawan aku bertunang, kahwin, and ada anak aku pun rasa kesunyian jugak. Kadang-kadang tengok orang lain pun ada jugak timbul rasa iri hati. Tapi aku tak terburu-buru nak cari pasangan hidup sebab aku percaya pada jodoh Allah. Memanglah kadang-kadang kita akan rasa sunyi tapi kalau Allah belum izinkan kita untuk bertemu dengan yang tepat, apa yang kita boleh buat kan? Kita hanya mampu berdoa je supaya ditemukan dengan orang yang betul-betul ikhlas dengan kita. Inshaallah. Sebab Allah dah tentukan jodo…

#THROWBACK - My 23rd Birthday Surprise ! (20 April 2016)

Image
Assalammualaikum.. 
Hello everyone. Have a nice day ! Well, macam biasa lah. Post throwback sebab tak sempat nak update entry on time. Hihi.. Salah satu azam 2016 aku ialah nak update entry blog sebanyak mungkin, tapi tak tercapai jugak.. Hahahaha.. 
Okay seperti biasa, setiap tahun aku dapat surprise celebration from my friends. Cuma kali nie sambut dekat UTHM dan dengan kawan-kawan baru. Tak baru jugak laa sebab depa pun dari PSMZA jugak cuma berlainan kelas je dulu tapi still kenal. Hihi.. Kakdeq dengan Farah je yang still ada untuk kenakan aku tahun nie. Hahaha..
Malam tu aku dah get ready nak tidur awal alasan mengantuk padahal aku takmau depa kenakan aku. Serik wooo asyik kena ja setiap kali birthday. Haha.. Cuma kali nie tak teruk laa sebab duduk dalam asrama. Cuba kalau duduk dalam rumah sewa mesti teruk dah aku kena dengan depa nih. Hahaha.. Kakdeq awal lagi dah cakap "Alaa Liaaa awalnya nak tido." Hahahaha.. awal tak awal, yang aku tau tepat pukul 12 nanti wajib a…

#THROWBACK - Konvokesyen-12 PSMZA 2015

Image
Assalammualaikum.... !  Haiiii ! Lama betoi tak terjah bloh hakak nih. Hahaha. Hakak tengah menikmati cuti semester nih 2 bulan lebih. Mereput ler hakak dekat rumah nie haa plus dok tambah berat badan.. Kikiki.. So mai kita bercerita. 
Memandangkan adik-adik hakak dekat politeknik (PSMZA) tu nak konvo esok, hakak baru teringat hakak takde tulis entry pasal konvokesyen hakak tahun lepas yang bertarikh 4 Ogos 2015 ! Haahaha.. Setelah setahun baru nak publish.. So jangan ikut perangai tangguh-tangguh hakak nie yee adik-adik..  Tak baik untuk masa depan.. Hahahaha..Okey jom baca cerita hakak.. Hakak tengah layan lagu hindustan nih.. Menari-nari sambil menaip nih.. Hahahahahaha..
2 OGOS 2015

Hakak bertolak pagi dari Kulim and sampai Dungun malam dalam pukul 8 lebih macam tu. Sepanjang perjalanan tu perasaan teruja hakak memang tak boleh nak simpan. Tahap rindu apa pun taktau lah.. Masuk je pekan Dungun lagi bersemangat biarpun jauh perjalanan. Sikit pun tak rasa letih.. Serius nie kami h…