Sunday, January 17, 2016

Alhamdulillah.. terima kasih Allah

Assalammualaikum..
First sekali syukur alhamdulillah doa dimakbulkan Allah S.W.T. Terima kasih jugak kepada semua sahabat dan juga kaum keluarga yang mendoakan. Yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk Alia.

Alhamdulillah impian untuk sambung degree dalam bidang pendidikan dah tercapai. Orang paling excited mestilah Abah. Dia yang tolong check pastu terus whatsapp aku suruh bukak portal UTHM tu. Mula-mula takot jugak kalau tak dapat, sebab family semua dah berharap, siap yakin lagi aku akan dapat. Alhamdulillah.. syukur..

Lepas je aku cakap yang aku dapat sambung belajar, kecoh jugak dekat ofis. Semua pakat cakap "pegi je Alia". Okey, memang nak pegi pun. Sebab memang tu je bidang harapan aku untuk sambung degree nih. Kalau bidang lain kurang dah rasanya. Huhu..

Lastly, semoga segalanya dipermudahkan dan semoga aku berjaya menamatkan degree selama 4 tahun nie. Aamiin.. thanks for all the wishes. ❤

Assalammualaikum dan terima kasih.

XOXO,
MissY 💘

Saturday, January 9, 2016

2016

Assalammualaikum..
Lama sangat tak buang masa dekat sini.. haha.. berhabuk tak terkata dah blog nihh.. memandangkan harini cuti dan aku pun dok mereput ja dekat rumah nie maka aku mengambil keputusan nak buang masa dekat sini.

Sat ja dah masuk tahun 2016 kan. Maka dengan itu umoq aku pun bertambah menjadi 23. Hahaha..
Soalan paling femes umoq-umoq sekarang nie mestilah "bila nak kawin?" Hahahaha.. hampa p cari jodoh kat aku, baru aku kawin. Nak cari sendiri macam dah malas memandangkan banyak sangat sandiwara dunia nie yang aku dah tengok.

So... nak cerita apa ye.. pasal aku? Takda apa yang menarik pun buat masa nie. Cuma aku dah kerja dan pindah jadi orang KEYEL ! Hahah.. tapi niat sebenar nak sambung degree nie. Doakan aku ye. In Shaa Allah Aamiin.. Pasal kerja? Okey kerja nie okey je. Tapi aku still belajar lagi. Aku dekat department certificate kena handle scheduling apa semua. Kadang-kadang pening jugak kepala nie. Berkerut-kerut kening nih ! Hahahaha.. Okey tu je laa, mana boleh cerita banyak-banyak.. nak berahsia. Hahaha..

Cerita pasal #geng2981 pulak laa.. hihi, Mama dengan Shima dah selamat jadi tunang orang bulan 12 haritu. Hihi.. tarikh sebelah-sebelah pulak tu, senang nak ingat. Mama pilih tarih Krismas teruih, lagi senang ingat. Hahah. Happy sangat untuk depa. Hihii.. hat lain bila nak menyusul? Kikiki.. aku rasa lepas nie mesti Qila dengan Mummy. Hihihihi.. Plan vacay dengan depa nie tak tahu lah menjadi ke tidak. Nak jumpa sangat-sangat nie. Huhu.. Percayalah aku cakap, zaman belajaq zaman paling best even masa tu hampa dok kata cepatlah habih belajaq, cepatlah habih belajaq. Tau sebab apa? Sebab dia hampa sendiri boleh tau. Tak payah aku cerita. Hahaha.

Okey lah, otak pun dok pikiaq macam-macam sebenaqnya nie. Dah tak tau nak cerita apa lagi. Maka dengan ini, tamatlah cerita aku. Hahaha..

Lastly, harapan aku untuk tahun nie semoga segala impian hati aku tercapai. Aamiin..

Thank you. Assalammualaikum..

XOXO,
MissY.