Thursday, November 26, 2015

Scammer kononnya dari MAXIS

Assalammualaikum

hari nie takda apa nak cerita pun cuma nak share benda nie. baru je jadi dekat aku tadi. so hati-hati k ;)

Aku dapat call dari nombor nie tadi.. 01125269904
kononnya call dari maxis center cakap simcard aku menang RM5000, *siap cakap takniah untuk aku dan family lagi.. kahkahkah* aku dah agak dah menipu. dia tanya ada pakai ATM card tak? aku jawab ada, dia tanya bank mana, then dia tanya berapa lama masa untuk aku amik dari rumah nak ke bank, dari situ aku dah syak dia menipu.. dia cakap lagi aku tak payah bagi nombor akaun dekat dia, tak payah bagi pin nombor apa pun, dia mintak aku p dekat bank tu pastu dia akan call balik nak bagitau proses nak keluarkan duit tu. aku tanya dia balik "ini betul ke ni?" dia cakap betul ini bukan menipu, ini Haji Syamsuri dari maxis center bla bla bla *suka hati dia ja petik nama orang* hahahaha.. bongok! aku pun menipu balik cakap sejam nak pegi bank.. dia cakap okey lagi sejam dia call balik.. then aku call abang aku, abang aku suruh call maxis center balik tanya. aku p call maxis center then aku tanya, dia cakap itu memang MENIPU, lepas nie kalau nombor tu call lagi tak payah jawab. dia cakap nasib aku call tanya maxis center dulu kalau tak habih duit aku dalam akaun. pastu lepas sejam dia call balik, memang aku tak jawab lah cita dia.. kahkahkah.. call lah sampai mereput.. 

okey, just sharing.. hati-hati k jangan sampai tertipu.

Yang Benar,