Saturday, February 28, 2015

Tips : 6 Cara Penjagaan Kulit Muka

Assalammualaikum.. Haiii ! :D

Hari nie aku nak berkongsi tips penjagaan kulit muka.. haa.. siapa yang tak nak kulit muka yang bersih dan sihat kan? Semua orang nak ! xD

Kulit muka yang tak dijaga dengan baik menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada sepatutnya. Begit juga dengan kulit yang aktif. Sebab anda kerap menegangkannya tetapi tak membersihkannya dengan sempurna, tak gunakan pelembab serta sering terdedah kepada cahaya matahari.

Oleh itu, kalau anda nak mengekalkan keremajaan kulit muka lebih lama, jom kita tengok langkah-langkah dekat bawah nie ! :D


1. Minum air kosong sebanyak 8-10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. *kalau nak minum 10 gelas sehari pun boleh.. hihi* :P

2. Sebelum tidur, cuci muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul. *pernah ke tengok orang pergi bersenam tu ber'make-up' bagai? errrr.. nak bersenam ke ape* >.<


4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertama, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.

5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.


6. Jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang masalah kulit anda dan apa yang anda patut lakukan. *seperti pemilihan produk penjagaan muka mungkin??* :)

Haaa... dah tau kan cara nak menjaga kulit muka? jadi jom sama-sama kita amalkan okey ! xD
Tak rugi pun.. bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri jugak..
Sayangi kulit anda ! :D

Btw, info untuk nie aku dah lupa dari mana aku dapat sebab memang dah ada save dalam memo dekat hanphone ! hihihi... xD

Thank you and Assalammualaikum ! :)

Weird Lady,

Friday, February 27, 2015

Resipi : Pavlova

Assalammualaikum ! Haiiii ! :D

Hari nie terasa rajin nak update pasal resipi.... so, resipi hari nie adalah Pavlova !
Yes... aku suka makan pavlova nie.. boleh dikatakan kalau buat dekat rumah aku sorang yang habiskan.. HAHAHA... dasyat kan? sedap.. nak buat macam mana? xD *majoriti orang dalam rumah nie tak suka pavlova*

Tapi aku gagahkan diri jugak nak buat ! Sebab tengok orang makan macam sedap je.. nak cari masa tu tak tau jual dekat mana.. tapi sekarang nie dekat butik vendor pun da banyak jual.. boleh je pegi cari dekat sana kalau teringin sangat nak makan.. kan? HIHIII... :P

Masa first try aritu memang kecoh laa dapur rumah.. semua tekun tengok macam mana laa Pavlova nie.. HAHAHA.. tapi serius senang je nak buat.. cuma rajin dengan malas je.. :D

Ini kali kedua buat Pavlova nie.. sebab ada orang teringin nak makan.. so meh kita buat bagi.. HEHEHE... :D

okay.. let's start !


Nie bahan-bahan nak buat MERINGUE untuk pavlova nie ye.. senang je nak cari :)

4 biji telur putih (pastikan tiada setitik telur kuning pun yang jatuh yaa!)
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka
1 sudu teh esen vanila

okay next step ! kita nak buat topping dia pulak

1/2 cawan whipping cream

Whipping cream nie boleh beli dekat kedai kek, lagi murah dari dekat pasaraya tau ! Untuk kali kedua buat Pavlova nie aku tak letak gula dah dekat whipping cream sebab tak nak manis sangat. Tapi kalau whipping cream yang tawar tu, boleh lah tambah 1/2 cawan gula aising.


Untuk buah-buahan pulak, aku guna strawberi, anggur hijau dan anggur merah ! Hihii.. alasannya sebab suka sangat makan buah nie dan saja-saja nak makan. Aku cepat batuk kalau makan anggur banyak-banyak so mak ayah aku haramkan aku sentuh anggur secara berlebihan.. Kikiki.. da buat nie boleh laa makan dengan rakusnyaa.. HAHAHA.. okey stop bebel ! Sambunggg....
Kena letak buah-buahan yang masam sebab nak lawan dengan rasa pavlova yang manis nie. Barulah seimbang dan sedap ! Tak rasa muak nak makan.. TAKE NOTE ye.. :D


Cara-cara :

First, pukul 4 biji telur putih tadi menggunakan stand mixer/hand mixer. Pukul sampai kembang dan berbuih macam sabun. Kikiki... :D

Then, masukkan gula kastor tadi sedikit demi sedikit. Sambil mixer tu berjalan pun boleh. Hihihi... Masukkan sampai habis gula tu okey.


Pukul sampai meringue tu jadi putih berkilat macam gambar dekat atas nie haa. Maksud meringue tu betul-betul jadi ialah apabila korang terbalikkan adunan nie, dia tak jatuh ! *wow magic ! HAHAHA...* Maka jadilah adunan korang tu. Hihii..

Lepas tu, masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanila dalam adunan tadi. Kacau laju-laju *macam kereta dalam movie Fast n Furious..ehh ! Hahaha.. * Kacau guna spatula ye hakak-hakak dan hadik-hadik ! xD

PERHTIAN !
Jangan masukkan dalam acuan ye, nanti macam mana korang nak keluarkan pavlova tu?? Hehehe... xD

Okey, dah siap korang ambil loyang dan letak baking paper. Boleh terus letak meringue tu atas baking paper tadi. *kalau taknak melekat boleh sapu sikit majerin atas baking paper tu* xD

Panaskan oven dengan suhu 150c dalam 15 minit. Then turunkan suhu kepada 140c. Bakar selama 1jam-1jam 15minit. (ikut oven masing-masing jugak la ye) :D


PERHATIAN !
Dah masak pavlova tu jangan terus keluarkan pavlova tu dari dalam oven. Birkan dia sejuk dulu. Bila da sejuk baru keluarkan. :)


Haaa.. lebih kurang cenggini lah rupa meringue yang letak dibakar itu tadi.. hihiii...
Lepas tu boleh laa letak whipping cream atas meringue tu *guna spatula ye*

Lepas da letak siap whipping cream atas meringue tu tadi bolehlah memulakan dekorasi menyusun buah-buahan tadi dengan cantik dan comel.


Haaa... lebih kurang macam tu lah rupa Pavlova iolss ! Cantik jugak ! *isi bakul angkat sendiri..* Hihii... untuk rasa yang lagi heaven boleh masukkan dalam peti sejuk.. makan masa sejuk lagi best ! Lagi sedap ! Serius tak tipu.. Hihihi... :P

Nampak macam garing je kan.. tapi percayalah ia sangat lembut seperti marshmallow.. Rasa memang superb lahh ! Masam Masam Manis gituuu.. *macam filem P.Ramlee pulak kan.. Hahaha*

Lastly, thank you dan Selamat Mencuba ! Good Luck ! Hihihi... ;)

Weird Lady,

Detik 5 Pagi ♡

Assalammualaikum.... Haiiii ! :D *ewahh..macam ada orang baca pulak kan..HAHA*

Sebenarnya terkejut tengok jam dah pukul 3:06 AM... huuuuhhhh ! >.< *serius tak sedaq ! dok ingat awai lagi haaa..* wuwuwuuuu.... T_T
Actually lately nie iolss selalu tidoq lambat..
3 hari berturut-turut dah tidoq pukul 5 pagi... whoooaaa ! :O
Adakah diri hamba sudah terkena penyakit insomnia?? HAHAHA...
Sejak-sejak jadi penganggur nie rutin tidoq lambat makin menjadi-jadi.. kalau orang lain mesti seronok boleh tidoq awal sebab dah habis belajar.. tapi iolss nie PELIK ahhhh ! -.-''
Kalau zaman belajar dulu tak heranlah tidur lambat pun.. tak tidur langsung pun pernah.. semua salah final project + final report ! *HAHA..marah lecturer poli kalau baca nie* hikssss... hai Puan.. hai Encikk.. :P



Btw, bagi yang tak tahu apa itu INSOMNIA... meh sini ceq nak ceghita bagi kat hampaaa...
Insomnia nie adalah sejenis gangguan...bukan gangguan makhluk halusssss okey ! HAHA.. insomnia sejenis gangguan tidur malam.. atau senang cerita susah nak mula tidur, bila dah tidur senang terjaga pastu susah nak tidur balik ! then bangun awal pagi pulak... *haaaa.. macam terlibat je diri nie dengan perkara ituuuu...* >.<



Hmmmm... insomnia nie ada banyak kategori.. jenis primer dan sekunder.. 

Primer - Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.
Sekunder - Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur disebabkan oleh masalah kesihatan yang dihadapinya. *haaa.. kalau nak cerita bab penyakit nie panjang pulak jadinya.. ada jenis psikiatri dan bukan psikiatri pulakkk... maka kalau nak tau lanjut lagi hampa semua rajinkanlah diri usha sendiri naaa.. hehe.. * jangan malas sangat ! :D

Alahhh... Pakcik Google pun ada.. boleh ja p search pastu baca puaih-puaih.. hihihi.... ceq pun usha-usha dekat Pakcik Google jugak ! HAHAHA..

Okey cukup lah pasal insomnia tuuuu... so, nak tau apa iolss buat masa orang lain tengah enak dibuai mimpi sampai ke Paris tuuu... *Paris jugak.. macam takde tempat lain..*
Okey kita tukar Disneyland sebab masa kecik-kecik dulu suka berangan nak p sana.. HAHA.. sebab minat tengok kartun gila-gila.. tambah-tambah Mickey Mouse yang comel tuuu...
Hakikatnya aku geli gila dengan TIKUS... ehhhh !! HAHA... *bukan masa kecik ja, dah umur 22 nie pun sama ja ! buktinya petang tadi baru tengok Upin Ipin dekat astro CERIA episod yang depa kena berlakon dekat sekolah ! HAHAHAHA...* >.< 

Okey sambung cerita... jauh terbang dari sarang nieeee burung belatuk (salah hidung) nieeeeee...
Oleh sebab tak boleh tidur, maka iolss pun termenung merenung masa depan buat kali ke seratus ribu juta.... KIHKIHKIH.... :P



Idok lerrr.... hahaha... sebenarnya iolss buat blogwalking tadi... haaaa... abis semua post iolss baca... bertuah tau blogger-blogger yang iolss usha tadi tu haaa ! HAHAHA... :D
Tak tau apa itu blogwalking? Haaa.... jalan-jalan tepi pantai? Ohhh tidakkkk... HEHEHEHE.. :D
Hmmm... macam mana nak ceghita yeee....
Cerita dia sama macam hampa online FB then like apa-apa, then ternampak awek cun atau mamat hensem sikit hampa terus p usha profile dia.. haaa, habis semua pasal dia hampa kodek ! Lepas tu tengok pulak friends dia yang cantik lagi hensem then terus usha profile depa pulak... HAHAHAHA.... dah faham? Bagus !! *tepuk tangan* Hi-5 satu kali ! xD
Tak faham? Hentuk kepala dekat dinding sekali pastu baca balik.. gerenti faham ! hihii... :D
Kalau tak faham jugak hmmmm Pakcik Google tolong satttt ! >.< *hmmm.. tak bagus tau selalu bergantung dengan Pakcik Google nie.. kalau dia mati nak bergantung kat sapa lagi?* HAHA.. :P
Blogwalking nie senang cerita contohnya hampa berjalan dari satu blog ke blog yang lain dengan meninggalkan jejak.. *bukan cap jari kaki tuuu... HAHA* meninggalkan jejak iaitu URL blog dekat comment atau shoutbox blogger tu..

Sebenarnya blogwalking nie best ! Sebabnya kita boleh kenal dengan blogger-blogger yang ada dekat Malaysia niee.. contohnya aku amik Hizami Li niee.. *dia nie cikgu ! muda lagi... HAHA.. dia suka kucing ! HAHAHA... dia rapat dengan sorang blogger nie.. nama dia Nisa Kay.. haa.. tak kenal? tengok dekat 'page link' iolss.. ada link blog Nisa Kay nie...* Hizami Li nie ada follow IG aku.. dia memang aktif laa kat situ.. kaki LIKE... LIKERS dia pun kemainnn... HAHAHA... tapi aku tak tau pun dia nie blogger.. bila dah buat blogwalking nie baru dapat tau.. *riak muka terkejut sikit* :O haaa.. nampak tak kebaikan blogwalking dekat situ? HAHAHA.. :P 


Pastu dengan blogwalking nie jugak kita boleh tambah kawan.. ye.. aku suka berkawan.. kawan alam maya nie lagi tenang kot.. HAHAHA... kelebihan blogwalking nie kita boleh tau follower kita yang aktif dan tak aktif.. ada yang dah bertahun tak update.. agak hampa laa bila pegi blog depa nie.. *sebab orang yang kita kenal* HIHII... :'D okey tutup cerita !


 Jadi orang nogori lahh pulak den nie ! HAHAHA... *tak pandai cakap Nogori.. ceq oqang Kedah !* weeeeee... xD
Dengan blogwalking nie jugak kita boleh tambah info dan maklumat dalam kepala nie.. *tambah-tambah orang tanam anggur macam aku nie* KIKIKI... :D 
Macam-macam benda boleh tau.. dari zero to hero ! Waahhh... kemainn... *bukan Zero MLM okeyy !*

Okey lahhh... tengok jam sekali lagi..... pukul 4.50 AM ! *ohmen... riak muka terkejut lagi sekali* :O
Tak tau laa pukul berapa pulak nak tido ari nie... kuang... kuang.. kuangg... huaarrgghhhh ! Mata rabak lagi.... --'' *jangan salahkan kesan hitam bawah mata kalau diri sendiri yang susah nak tidoq... ehhh !* HAHAHAHA.... *lama jugak amik masa nak post 1 entry pun kannnn.. aku faham keadaan blogger yang tak aktif tuu..* --''

Sekian hasil taipan kemerapuan hamba pada malam ini ditemani lagu-lagu from INDIE BAND *sambil goyang-goyang kepala ikut rentak lagu..* seperti Bittersweet, Couple, Sixth Sense, Bunkface, The Times, Hujan, Meet Uncle Hussain, A.C.A.B, Laila's Lounge dan tak larat dah nak taip ! HAHAHA.... ya... saya pendengar muzik yang tegar dan juga peminat tegar band Indie ! HIHIHII..... ;D


Thank You dan Selamat Mornight BULAN dan BINTANG ! :'D
Assalammualaikum....

Weird Lady,

Wednesday, February 25, 2015

Be Positive Babe ! ♡

Assalammualaikum..*terasa nak berbual kosong dengan blog nih.. yihuuuuu..*

Kadang-kadang apa yang kita harapkan takkan jadi kenyataan..
Mintaklah (berdoa) macam mana pun dengan Allah, kalau Dia taknak bagi memang Dia tak akan bagi..
Setiap yang terjadi ada hikmahnya..
Tapi janganlah pulak kita berputus asa..
Kalau Allah tak bagi apa yang kita nak, jangan pulak marah cakap tak adil laa semua.. *buang masa je nak marah-marah.. benda da takde dengan kita pun kan....* :)
Tapi sebaiknya set dalam minda..
"Kalau Allah ambil sesuatu yang baik (pada sangkaan kita) dari kita, percayalah Dia akan memberikan sesuatu yang lebih baik dari yang sebelumnya"
Apa yang perlu kita buat adalah tetap bersabar, tenang, dan terima dengan redha.. ;)
Anggap itu ujian buat kita di dunia ini.. tanda Allah sayangkan kita dan suruh kita bersabar dan terus berdoa kepada-Nya..
Tujuan Allah datangkan ujian adalah untuk mendengar hamba-Nya berdoa kepada-Nya..
Dan percayalah saat bahagia itu akan datang dengan sendirinya..
Manakan muncul sebuah pelangi indah jika tiada titik air hujan?
Maksud kat sini, manakan datang kebahagiaan jika kita tidak kecewa sedikit?
Yang penting SENYUM SOKMO ! hihihi.. *terkeluaq dah bahasa Terengganu*
Dan percayalah hati akan tenang jika selalu ingat kepada-Nya.. berserah semua kepada-Nya.. berharap hanya ada-Nya..
Terapi yang baik sekali ! (:
Alhamdulillah..
Imma happy girl ! ^_^
Btw, im still jobless and duduk dekat rumah bela badan ! Kikiki.... :D
Satu kerja yang amat mujarab sekali untuk mereka yang mahu membesarkan saiz badan.. Hahaha..
Apa pun still counting days ! Weeeeeee... ;D 

Thanks and Good Night Love !

Weird Lady,

Sunday, February 22, 2015

Coretan Hati ❤

Assalammualaikum....

Pernah tak kadang-kadang kau tak tahu apa salah kau then orang terus hukum kau?
Pernah tak kau rasa semua benda kau nak cerita tapi tak terluah dibibir kau?
Pernah tak orang fikir kenapa kau tak boleh cerita?
Kenapa kau pendam?
Kenapa kau tiba-tiba diam?
Kenapa kau cakap "tak ada apa-apa"?
Pernah tak orang tanya kenapa?
Tak pernah kan..

Then tiba-tiba kau kena layan macam *** dengan orang lain..
Apa kau rasa?
Sakit hati?
Marah?
Geram?
Sedih?
atau Gembira?

Ya.. memang bukan semua hal boleh diceritakan kepada seseorang..
Ya.. jangan ingat semua orang nak dengar kau berkongsi pape..
Ya.. jangan ingat orang yang dengar cerita kau tu tak fikir macam-macam pasal kau..

So.. point dekat sini ialah DIAM !
Daripada kau terus disalah anggap oleh orang.. baik kau takyah buka mulut sikit pun..
Orang tanya kau jawab..
Orang tak tanya kau DIAM..

So, itulah yang aku cuba buat sekarang ni..
"DIAM LEBIH BAIK" bak kata pepatah..

Mintak maaf salah silap terkasar bahasa..
Assalammualaikum..

Weird Lady,

Wednesday, February 4, 2015

LELAKI ❤

Kau pernah rapat dengan seseorang tak?
Yang berlainan jantina
Kau mesti borak2 dengan dia
Selalu borak
Hari2 sembang
Cerita itu ini
Tiba2
Satu hari dia tinggalkan kau
Dia busy
Kau? Sunyi? Takde kawan nak lepak?

Heh meh aku habaq sikit lah
Lelaki ni kau takkan faham apa setiap tindakan diaorang
Sebab diaorang bukan jenis macam kita perempuan
Semua nak diluah
Diaorang buat apa2 kadang2 buat kita pandang kejam
Kadang2 buat kita pandang diaorang ni takde perasaan tak faham apa kita rasa
Tapi kau nak tau sesuatu?

Kemari duduk
Pandang aku
Genggam erat tangan aku

Kau suka dia?
Dia tinggalkan kau?
Dia sibuk?

Kau tau?
Untuk siapa?
Untuk bakal penyeri hidup dia
Kau nampak seolah dia tiada perasaan
Seolah semuanya dia salah
Buta perasaan
Tidak tahu rindu kau

Tapi tahulah
Sebenarnya dia tengah berusaha untuk keluarga dia akan datang
Bukan mudah nak jadi bakal pemimpin
Kau wanita amanah buat dia
Tanggungjawab yang besar apa lagi bila bicara tentang nafkah keperluan segalanya
Dia takkan mengeluh sedikit pon
Pernah kau lihat ayah kau mengeluh?
Tak.
Sebab dia punya tanggungjawab yang besar

Kau sebagai wanita
Bantulah dia
Fahamilah dia
Buat anak,
Janganlah kau seksa ayahmu kelak
Jagalah aurat mu

Buat kamu yang sedih pabila diabaikan
Jangan sedih bila tidak berhubung
Doa itulah sebagai perantaraa buat kalian
Ramai yang katakan "Kita jumpa dalam doa"
Tapi fahamkah akan kau tentang apa itu doa sebenar benarnya?

Jangan dimarah bila mereka sibuk dengan urusan lain
Kerana kelak pabila bersama teman hidupnya
Masa itu akan tidak sama seperti dia yang berseorangan dahulu

Kau jangan terus berharap dialah jodoh kau
Kadang yang datang hanya sebagai ujian buat hatimu
Jodoh itu rahsia
Usah kau berhenti berdoa buat jodoh yang bisa membawamu ke jalan syurga

Jangan berhenti doa selagi nafas dirongga
Dia sedang sibuk membuat persiapan buat menyambut dirimu sebagai permaisurinya
Akan diberi kepadamu kasih sayang
Perlindungan Kesetiaan keperluan
Segalanya buat dirimu
Beruntunglah kamu jika dipilih buat jadi permaisuri hidupnya
Akan disambut dirimua hanya satu dihatinya

Sabar
Yang indah pasti akan datang

#credittomylovelyjuniorsamaumorSafuraHumaira #thanksdear ❤


Salam Kasih Sayang,