Thursday, January 1, 2015

Hello 2015 !

Assalammualaikum !
Hello 2015 ! Goodbye 2014 ! Hehehehe... :D *happy kemain masuk tahun baru,any god news?*
Bismillahirrahmanirrahim... memandangkan kita dah masuk tahun baru 2015 hari nie so Selamat Tahun Baru. Semoga segala impian dan azam tahun baru korang semua akan tercapai. Begitu jugak aku. InshaAllah. Aamiin.. Sebenarnya kalau ikut kalendar Islam kita dah lama masuk tahun baru iaitu pada 23 Disember lepas. :)

Jadi secara tak official nya disini, aku dah menjangkau ke umur 22 tahun. Yeayyy ! Dah tuaaa.. Boleh kahwin ! Oopss ! *gedik pulak tetiba malam-malam buta nie* "Kau fikir kahwin tu senang Alia?? Besar tanggungjawab bila dah jadi isteri nanti, apatah lagi ibu." *bercakap sorang-sorang pulak !* hahaha.. Tapi kalau jodoh dah sampai kita redha aje. Mana tahu tetiba jodoh sampai tahun 2015 nie. Ngeeeeee. *okey stop pasal jodoh* Ada jodoh tak kemana. Allah dah tentukan jodoh kita dari sebelum kita lahir lagi. Sabar dan terus berdoa untuk mendapat jodoh yang baik. :) Nama je umur 22 tahun tapi perangai kebudak-budakan nie still tak boleh ubah ! *even garang macam mana sekalipun jiwa tetap lembut*

"Garang ke hg, Alia?"
"Kot celah mana yang garang tu?"
"Hg? Garang? Hahaha"

Kawan-kawan tanya aku macam tu. Yes, aku memang garang ! Tapi aku tak pernah tunjuk dekat hampa. So, orang special je boleh nampak garang aku nie. Hahahaha.. *statement paling poyo abad ini* Tak percaya silakan tanya dekat ummi aku. Haaa.. ummi yang selalu cakap aku garang.. Hmmmmm... --

Okey, actually nak cerita pasal tahun 2014. Nak buat #throwback sikit nie haaa. 2014 adalah tahun dimana kesabaran aku sangat banyak diuji. Macam-macam dugaan dan cabaran yang aku dapat. Tak perlulah diceritakan disini, nanti jadi aib pulak. Dalam dugaan dan cabaran yang hampir menjatuhkan diri aku ke tanah itu, ada jugak terselit kenangan manis untuk aku kenang sampai bila-bila. Alhamdulillah, kalau tak hujan mana datang pelangi kan? Aku bersyukur dikelilingi orang-orang yang baik, yang selalu sokong aku, dengar masalah aku, nasihat aku, dan banyak lagi. Makna kata semuanya lah. Aku hargai sangat-sangat. Terima kasih. Kalau hampa tengah baca nie, ya hampa semua lahh ! :) *okey tu aje nak cakap* Hehehehe..

Okeylah, sampai sini saja dulu untuk entry pertama tahun 2015 nie ! Nanti bila-bila free aku update lagi okey ! Banyak benda dalam kepala nie tapi tak terluah pulak ! Aku nak belanja gambar kenangan tahun 2014 dengan kawan-kawan sikit nie. Hihihihi ~


Actually banyak lagi tapi kalau nak tunjuk semua memang KO lahh ! So aku amik je mana-mana gambar yang ada semua kawan-kawan dan family dari awal tahun sampai lah akhir tahun lepas. Senyum je tengok balik semua gambar nie. My friends and families are the most important things for me. Harap kekal bersahabat selamanya. Aamiin. Good Night bloggers ! :)


Salam Kasih Sayang,

Annyeong !