Posts

Showing posts from December, 2014

Oh My Pimples ! ♥

Image
Assalammualaikum !
Salam Jumaat ~
Hai adik-adik kakak-kakak yang cantikk ! Mesti ramai yang tak suka dengan jerawat kan? *sapa suka habaq mai..hehe* Orang tua-tua cakap tak boleh picit jerawat tu sebab tak nanti berparut. *lagipun sakit kot ! --* Lepas tu tak boleh buang sesuka hati sebab nanti berlubang lah apa lah kan. Sebenarnya, bangun tidur pagi tadi aku pun belek lah muka aku dekat cermin *memang rutin hari-hari :P* And tetiba....... no !! Pimples !! Jadi aku pun terus cari petua nak hilangkan pimples nie sebab taknak ada kesan parut dekat muka. Semua orang pun nak kulit yang bersih dan licin kan? So hari nie aku terasa nak kongsi beberapa tips atau petua nak hilangkan jerawat ! Hihihi.. Bolehlah kita sama-sama cuba kan? Hihihi..

Antara beberapa petua yang boleh dicuba. *cari laa yang senang dan barang tu senang nak dapat :)*

1. Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas ir panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali …

Aku Rindu Sayang Kamu ♥

Image
Assalammualaikum !
Dah duduk dekat rumah keja nak update je kan. Hihihi.. Mentang-mentang dah tinggal zaman belajar banyak pulak masa terbuang kat rumah nie. *macam laa berkurun sangat "zaman belajar" tu.. hahaha.. baru diploma je kot ! hahaha*

Actually takde benda sangat pun nak bercerita. Cuma aku rindu saat-saat indah *kemain ayat* dekat Dungun dulu ! Hihihi.. Rindu semua dekat sana, rindu pantai, rindu poli, rindu kelas, rindu lecturer, rindu suasana bising-bising dekat bilik lecturer, kacau encik-encik dengan puan-puan kat sana sebab dorang sporting ! Layan je kerenah anak-anak didik dorang nie. Hihihi.. Paling aku rindu mestilah kawan-kawan aku yang tersayang. Beza kawan dekat poli dengan kawan dekat Kulim nie sebab poli aku jauh so aku berkawan dengan orang pelbagai negeri. Jadi bila dah balik negeri masing-masing mulalah rasa rindu tu. Kalau dekat Kulim mestilah kawan-kawan Kulim yang sekolah sekali semua sekali. Aku pun orang sini ja jadi tak dak masalah aku nak jum…

Setia Dan Taat Kepada Allah ♥

Image
Assalammualaikum
Selamat Malam

Diriwayatkan dariIbn'AbbasRA:

Sebaik sahajaakuberada di belakangRasulullah SAWdanbeliau berkata: "Wahaibudak, saya akanmengajar kamubeberapa perkataan:

1.Setiadan taat kepadaAllah(beribadat kepada-Nyasemata-mata), sentiasamengingatiNya, patuhi perintahNya. Diaakanmenyelamatkan kamudari segala bahayadanakan menjagakamudalamsemuaaspek kehidupan.

2.Setiadan taat kepadaAllah, nescaya Dia akandekat(di hadapanmu), iaituDiaakanbertindak balas kepada permintaankamu.

3.Jika kamu meminta, minta kepada Allah.

4.Jika kamumeminta pertolongan,mintalah pertolongan dari Allah.

5.Ketahuilah bahawajikasemuaorangbersama-samauntuk mendapat faedahmudengansesuatu, merekatidakakan dapatmemberi manfaat kepada kamudalamapa-apa kecualiapa yang telah ditetapkanAllah untukmu. Danjikamerekasemuabersama-samauntuk mencederakanmudengansesuatu, merekatidakakan dapatmembahayakankamudalamapa-apa kecualiapa yang telah ditetapkanAllah untukmu.

The pens have stopped writings [Divine (Allah&…

Kun Fayakun ♥

Image
Assalammualaikum..
Hari nie hujan tak berhenti dari pagi.. *tarik selimut sedap jugak kan..hehe*
Aku pun memulakan laa rutin harian aku, on lappy, on facebook ! Tu je kerja tetap selama menjadi penganggur seti nih. Kerja aku scroll, baca dan like. Tu je mampu buat sebab peshbuk nie da macam bosan je..ngeee.. Dalam masa tengah scroll tu aku ternampak wanita muslimah yang bertudung labuh dengan pakaian mereka. "Cantik!" Desis aku dalam hati. Terdetik dalam hati aku untuk berpakaian begitu. *Alhamdulillah..masih ada Iman di dalam diri* Bukanlah selama nie aku tak menutup aurat, tetapi kadang-kadang tidak menepati ciri-ciri menutup aurat dengan sempurna.

Ada jugak kawan-kawan yang tegur. *lelaki yang tegur bukan perempuan, kau rasa??* Alhamdulillah masih ada yang ingin menegur, tanda dia nak kita berubah jadi lebih baik daripada sekarang. Tapi dia menegur dalam nada nasihat dan aku pun mengaku sendiri cara aku berpakaian. Ye.. semua orang pernah buat silap dan tak ada yang terke…

BBQ Dip6S1 (25102014) ♥

Image
Assalamualaikum !
Jam menunjukkan pukul 1:30AM | 15 December 2014
Memandangkan aku belum mengantuk lagi so aku nak kongsi kisah BBQ kami sekelas dekat Dungun dulu. Kalau dulu aku pernah update BBQ masa kami semester 3 tapi kali nie last semester ! Untuk Terakhir Kali bak kata lagu Marsha ! Hihihi ~

Okey, seperti biasa kalau buat BBQ mesti wajib bakar ayam ! hihi ~ so, geng rumah sewa aku ditugaskan untuk perap ayam, jadi sekaligus tugas beli ayam, cuci, potong dan blablabla menjadi tugas kami. Untuk kawan-kawan yang lain pun dah dibahagikan tugas, ada yang goreng kentang, buat air, sediakan sosej untuk dibakar, dan untuk budak lelaki pulak, sediakan peralatan membakar aje lahh ~ hehehe.. bagus dorang nie semua.. dengar cakap ! hihihi..

Lepas dah settle semua kami semua pun gerak pergi ke tempat yang dijanjikan *tepi pantai tuuuu...hihihi* kami gerak dalam pukul 11 pagi *pukul 11 janji melayu budak laki cakap --* hehe.. biasalah perempuan kan. Bila dah sampai kami amik tempat hujung …

Tanam Anggur !

Image
Assalammualaikum !! Salam 1 Malaysia ~ hiksss

Wah lama jugak tak belek blog nih.. so harini kita habiskan satu hari upgrade blog nih.. hahaha.. tak laa secantik blog korang yang pro tuu tapi boleh laa.. aku dah bosan tengok design lama.. nampak semak.. kiki.. kali nie simple saja tapi PINK tetap wajib ada ! *gegirl sangat haa..* Hihihi..

So, dah dekat sebulan sejak aku balik Kulim dan menjadi penganggur setia kat sini. Alhamdulillah result final exam dah keluar 24 November 2014 haritu dan aku pun dah officially graduate diploma aku. Syukur sangat ! Setelah 3 tahun bertarung *macam terok sangat pulak bunyinya..haha* aku dapat habiskan jugak diploma nie. Even aku tak minat kos nie tapi aku gagahkan juga. Jujur aku cakap memang tak minat tapi Alhamdulillah semakin lama belajar semakin rasa beruntung sebab tak semua orang faham apa tu coding, apa tu HTML, JAVA, dan lain-lain. Terima kasih buat semua lecturer yang penat mengajar. Sekarang tunggu nak konvo aje lahh, inshaAllah bulan 9 tahun…