Posts

Showing posts from February, 2014

Selamat Hari Lahir ♥

Image
Assalammualaikum....

Pada usia kamu yang bertambah,
Disaat sahabat lain diraikan oleh seorang lelaki / perempuan ajnabi,
Kamu masih bersendiri meraikan hari jadi…

Disaat sahabat lain ditemani kekasih hati,
Kamu hanya ditemani rakan rakan..

Disaat teman sebilik mendapat kejutan dari teman lelaki / teman wanita,
Kamu menjalani hari jadi tanpa sebarang surprise dan kejutan.
Tanpa mawar merah, tanpa kata – kata “i love you”, tanpa coklat, tanpa patung beruang.

Pada usia kamu yang bertambah,
Saat teman – teman risau mencari.
Kamu tetap tenang menanti.

Saat teman – teman bimbang mengharungi perhubungan,
Kamu masih sabar mengharungi kehidupan bersendiri.

Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin kuat dalam pengharapan.
Kamu semakin teguh dalam penantian.
Berkongsi keluh kesah mu bukan pada lelaki / perempuan tapi pada Ilahi…
Bercerita tentang pengharapan bukan pada kekasih tapi pada Rabbi…

Pada usia kamu yang bertambah.
Kamu semakin yakin.
Bahawa penantian adalah ujian, dan perjalanan adalah…

Duhai Bakal Imamku ♥

Image
Assalammualaikum.....

duhai bakal imamku.....

'cintailah aku dalam diam dari kejauhan dengan penuh kesabaran dan keikhlasan'

duhai bakal imamku,andai dirimu resah dalam penantianmu menungguku,

pergilah kau kepadaNya, berdoalah kepadaNya agar ditenangkan hatimu kerana Dia pemilik nyawaku.

duhai bakal imamku, miliki jiwaku keranaNya, miliki hatiku keranaNya, miliki cintaku keranaNya. aku disini akan memelihara hatiku untukmu. insyaAllah.

duhai bakal imamku, engkaulah yang bakal membimbingku. engkaulah yang akan mengemudi bahtera kehidupan kita. maka, persiapkan dirimu dengan ilmu yang benar agar engkau kuat nanti. aku akan berada disisimu wahai bakal imamku.

duhai bakal imamku, tidak ku minta emas permata darimu, tidak ku tunggu istana darimu, cukuplah satu lafaz setiamu kepadaku untuk mencintaiku kerana agamaku. cukuplah satu mahar darimu untukku kerana Dia.

duhai hati, bersabarlah kerana bakal imammu sedang mempersiapkan dirinya untuk kamu. andai diakdirka…

Apa Kata Hati??

Assalammualaikum....

pernah rasa kosong? rasa sepi? rasa macam dalam dunia nie kita saja yang ada? rasa sedih? rasa kecewa? rasa putus asa? mesti pernah ! semua manusia mesti pernah rasa macam tu kan? macam tu jugak aku..sekarang nie perkara itu yang sedang aku rasakan..yang sedang aku lalui..aku tak tahu kenapa aku rasa macam tu sedangkan semua benda yang boleh buat aku bahagia ada depan aku sekarang..apa yang kau nak sebenarnya wahai hati?? kadang-kadang soalan tu selalu aku tanya kepada diri sendiri..

tapi....aku masih belum menemui jawapannya..aku keliru dengan perasaan aku sendiri..aku suka berfikir..fikir ape nak jadi masa depan aku kalau aku buat macam nie..macam tu..dan sebagainya..kadang benda tu jugak buat aku stress..betullah orang cakap banyak berfikir boleh menyebabkan stress dan boleh memudaratkan kesihatan..ya aku tahu tu ! tapi situasi aku sekarang tak siapa pun yang memahami..aku hanya ada ALLAH untuk aku terus kuat berdiri disini..sejujurnya Dia lagi tahu isi hati ak…